Only God can judge me

I'm universal. Except hip - hop

Skinny jeans & Shirts.
No fluffy dresses.

Let me make this clearly --> I'M NOT A SMOKER!

You can't say that I'm arrogant, you don't even know me at all.
But I'm kinda vicious and I'll never stop.

People, I'm not perfect and so do you. I can be two times more cruel WITH the person who've been previously mean towards me. If you're jealous with what I've achieved, I hope you don't have a nose cause I'll be farting right on it. I've had enough of your ridiculous "blablabla". Try to achieve your own glory, make your own story and make people proud of you. Success is never found. Failure is never fatal. Courage is the only thing.

Tuesday, December 7, 2010

Siapakah Sid Vicious?????

Maybe ramai yang tak kenal siapa Sid Vicious ni. Yelah dia bukannya ahli lumba kuda sukan asia..jauh sekali artis-artis terkenal. Dia hanya seorang budak jalanan yang suka memberontak dan ketagih dadah heroine je..tapi betul ke dia hanya budak jalanan? Tak lebih dari tu????

DI AWAL KEHIDUPAN JOHN
Sid Vicious atau nama sebenarnya John Simon Ritchie dilahirkan pada 10 May 1957 di London...dia merupakan anak kepada Anne Ritchie dan ayahnya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Istana Buckingham selain menjadi permain alat muzik trombone yang semi-professional pada waktu scene Jazz di London. Dipendekkan cite, ayah John melarikan diri sewaktu John dilahirkan. John dan ibunya terpaksa berpindah ke pulai Ibiza kerana kesempitan wang. Seterusnya ibunya berkahwin dengan Christopher Beverley pada tahun 1965 sebelum keluarganya berpindak semula ke Kent. John telah mengambil nama ayahnya sebagai nama keluarga lalu John menukar namanya menjadi John Beverley.

Ayah tirinya, Christopher Beverley meninggal dunia enam bulan kemudian dan menjelang tahun 1968, John dan ibunya berpindah sekali lagi ke Tunbridge Walls dimana John bersekolah di sebuah sekolah bernama Sandown Court School.

John mendapat gelaran 'Sid Vicious' oleh hamster peliharaan John Lydon (dikenali sebagai Johnny Rotten) yang bernama Sid. Hamster tersebut telah mengigit John Simon sekali gus terkeluar ayat "Sid is really vicious" dari mulut beliau.

KARIER MUZIK

The Flower of Romance and The Banshees

Vicious memulakan karier muziknya pada tahun 1976 sebagai ahli The Flower of Romance bersama dengan penubuh band The Clash iaitu Keith Levene (yang selepasnya menubuhkan band Public Image Limited .P>I<L) dan dua lagi sahabatnya iaitu Palmolive dan Viv Albertine yang kemudiannya menubuhkan band The Slits. Sid Vicious tampil sebagai drummer Siouxsie and The Banshees pada malam Punk Festival di Oxford Streets, London. Menurut seorang ahli band hardcore Punk iaitu The Damned, Vicious dan Dave Vanian datang bersama-sama untuk uji bakat menjadi penyanyi kepada band The Damned..walaubagaimanapun Vicious gagal dalam ujibakat tersebut.



Sex Pistols

Sebelum bersama-sama dengan band Sex Pistols, Vicious telah berkerjasama dengan The Bromley Contingent iaitu peneraju utama fesyen pakaian Punk bagi band Sex Pistols. Menurut sumber yang aku dapat dalam wikipedia, dan majalah England's Dreaming oleh John Savage, Vicious menawarkan dirinya untuk menggantikan Glen Mutlock yang telah bersara pada February 1977. Pengurus band Sex Pistols iaitu Malcolm McLaren berkata  "If Johnny Rotten is the voice of Punk, then Sid is the attitude".

Menurut Malcolm McLaren, dia berkata bahawa dia telah berjumpa Sid awal daripada dia mengupah Johnny Rotten untuk menjadi vokalis dalam band Sex Pistols. Alan Jones mengatakan bahawa Sid Vicious sesuai menjadi ikon bagi semua Punk kerana dia memilik karisma tersendiri di atas pentas dan memilik gaya yang tidak dimiliki oleh semua ahli Punk di pelosot dunia pada waktu itu. Sid Vicious memulakan gig pertamanya bersama dengan Sex Pistols pada 3 April 1977 di The Screen on the Green, London. Pada November 1977, Sid bertemu dengan seorang wanita Amerika yang bernama Nancy Spungen.


MUSICIANSHIP
Sid Vicious sebenarnya tidak pandai bernama bass. Semasa ditemu ramah oleh majalah Guitar Hero 3, bila permain gitar Sex Pistols,  Steve Jones ditanya kenapa dia memaksa Sid Vicious memainkan bass bagi album Nevermind The Bollocks, Jones membalas..."Sid was in hospital with hepatitis so he could't really play, not that he could play anyway".. Sid memimta Lemmy, permain bass bagi band Motorhead untuk mengajarnya cara bermain bass dengan baik.

Menurut Paul Cook, dalam beberapa bulan bersama band Sex Pistols dan bertemu dengan Nancy Spungen, Sid Vicious merupakan pekerja yang sangat berdedikasi dan memaksa dirinya berlatih sepanjang malam untuk bermain bass. Viv Albertine mengatakan bahawa satu malam semasa dia dan Sid Vicious berada di dalam bilik, Sid bermain bass mengikut semua lagu di dalam album The Ramones TANPA HENTI. Dan apabila dia bangun keesokan harinya, Sid Vicious sudah dapat bermain bass dengan baik. Kata Keith Levene..."He'd taken load of speed and taught himself. He was so quick!".


KEMATIAN NANCY SPUNGEN
Pada pagi 12 Oktober 1978, Sid Vicious yang telah sedar dari pengaruh dadah heroine mendapati kekasihnya Nancy Spungen telah mati bersama dengan pisau di perutnya. Mayat Nancy dijumpai berdekatan dengan bilik air di Hotel Manchester, Manhanttan, New York. Pisau diperutnya dikenal pasti sebagai milik Sid yang telah dihadiahkan oleh vokalis punk rock Stiv Bators.

Sid Vicious telah didakwa atas tuduhan membunuh. Sid mengatakan bahawa dia dan Nancy bertengkar pada malam sebelumnya tapi tidak sedar apa yang berlaku pada keesokan paginya. Sid berkata "I stabbed her, but I did't mean to kill her. I loved her, but she treated me like a shit"...Sid diikat jamin sebanyak $50,000 tapi apabila mendengar penjelasan oleh peguam Sid, mahkamah menurunkannya menjadi sebanyak $25,000...

Pada 22 Oktober, sepuluh hari selepas kematian Nancy, Sid Vicious didapati cuba untuk membunuh diri dengan menghiris urat nadinya. Sid ditempatkan di Belleveu Hospital. Sekali lagi Sid Vicious membuat huru-hara dan cuba untuk menyerang Todd Smith abang kepada Patti Smith di Skafish Concert. Sid Vicious telah ditahan pada 9 December 1978 dan dihantar ke penjara Rakers Island untuk menjalani tahanan selama 55 hari. Sid dibebaskan pada 1 February 1979.


KEMATIAN
Pada petang 1 February 1979, satu perjumpaan kecil diadakan bagi menyambut kepulangan Sid yang telah diikat jamin di 63 Bank St. New York Apartment bersama teman wanita barunya iaitu Michele Robinson.Sid telah bersih diketika dari heroine ketika menjalani tahanan di Rakers Island. Walaubagaimanapun, emak Sid Vicious mendapati terdapat satu bungkusan yang berisi heroine. Bungkusan tersebut dihantar oleh Peter Kodick yang ingin bermalam di situ. Sid Vicious telah mengalami overdose pada malam tersebut. Semua orang yang berada disitu pada malam tersebut berusaha untuk membangunkan Sid kerana menyangka Sid tidur lena. Laporan autopsi mengatakan bahawa paru-paru Sid telah dibanjiri dengan cecair akumulator akibat kesan pengambilan heroine yang berlebihan. Emaknya Sid menjumpai sepucuk surat didalam jaket Sid yang tertulis

"We had a death pact, and I have to keep my end of the bargain. Please bury me next to my baby in my leather jaket, jeans and boots. Goodbye"

"Kita akan mati juga..jadi saya mahu mengakhiri kesakitan saya. Sila tanam saya bersebelahan dengan kekasih saya dalam keadaan saya berpakaian jaket kulit, jeans dan boot saya. Selamat Tinggal"

Nancy yang ditanamkan di tanah perkuburan Yahudi dan Sid yang bukan Yahudi tidak boleh ditanam bersama-sama. Menurut buku Please Kill me: The Uncensored of Punk karya Legs McNeil..emak Sid Vicious telah menaburkan abu mayat Sid diatas kubur Nancy Spungen....

No comments:

Post a Comment