|
latar belakang filem KAMI |
Dalam aku layan lagu band Avenged Sevenfold - Seize the Day, aku teringat akan sebuah cerita yang mengubah hampir 50% hidup aku. Kerana cerita ini aku jadi budak yang mula mengenali underground. Kerana cerita ini aku kenal apa itu fanzine, zine dan sejenis dengannya. Kerana cerita itu aku kenal apa itu gig. Kerana cerita itu aku kenal apa itu persahabatan. Iaitu cerita KAMI. Yeah, pada waktu aku tengok cite KAMI, mak aku selalu cakap, cerita bodo camni aku tengok. Tapi entah ar, cite KAMI ni sedikit menyentuh perasaan aku sebagai seorang yang menginjak remaja pada waktu tu.
Setelah aku lakukan sedikit research tentang wujudnya cerita
KAMI the Series, Kami the Movie dan
Kami the Gig, baru aku tahu bahawa
K.A.M.I (Kerna Aku Masih Ingat) adalah sebuah
projek yang mengangkat pemuzik bebas (underground) ke arus mainstream. Di sinilah band band seperti
Bittersweet, Meet Uncle Hussein, Plague of Happiness, Koffin Kanser, Harmacy, Laila's Lounge, Couple, Dragon Red, Twickheads Telebury, Love me Butch, They Will Kill Us All, OAG, The TImes, Hujan, Butterfingers dan The Aggrobeats. KAMI ini ialah sebuah tajuk filem terbitan Redfilms.
|
flyer untuk KAMI THE GIG |
Pengarah eksekutif RedFilms Sdn Bhd, Lee Mee Fung berkata, filem KAMI the MOVIE yang disasarkan kepada golongan remaja ini ialah sebuah filem komersial yang mengankat konflik dan gelagat remaja dalam menentukan masa depannya, sama cam cite TV, KAMI the Series. Aku betul2 tersentuh dengan watak2 yang dibawa oleh diorang. Semacam ada satu karakter yang sama dalam diri aku. Time tu la timbul minat aku untuk buat satu band dan peliknya sampai sekarang minat tu still kekal dalam jiwa walaupun cerita KAMI ni dah lapuk dek zaman. Aku still tak lupa cerita ni..
Kerna Aku Masih Ingat....
terbaek la Kimie !!! :)
ReplyDelete