Only God can judge me

I'm universal. Except hip - hop

Skinny jeans & Shirts.
No fluffy dresses.

Let me make this clearly --> I'M NOT A SMOKER!

You can't say that I'm arrogant, you don't even know me at all.
But I'm kinda vicious and I'll never stop.

People, I'm not perfect and so do you. I can be two times more cruel WITH the person who've been previously mean towards me. If you're jealous with what I've achieved, I hope you don't have a nose cause I'll be farting right on it. I've had enough of your ridiculous "blablabla". Try to achieve your own glory, make your own story and make people proud of you. Success is never found. Failure is never fatal. Courage is the only thing.

Saturday, July 2, 2011

TanDa - TanDa lelaki jatuh cinTa kt Korank

Awek-awek cun, gurl gurl yang hot, dan yang gedik gedik.. come here, come here mehhh.. duk tepi abg Kimie ni.. abg Kimie ade cite best nak kongsi.. meh la duk tepi abg Kimie ni. Ala jgn risau ar, abg Kimie xmakan orang nye.. tak gigit nye pipi you all yang gebu-gebu berisi tu.. abg Kimie ni baik orangnya.. baik sangat, tak caye? Tak caye sudah,, ingat aku heran sangat korank percaye ke tak? Ngaderr ngaderr nohhh.. ktot kpale kan baru tau. Update kali ni, walaupun korank dah jumpe melambak-lambak kt blog blog lain, tapi aku nak jugak kongsi benda ni, sebab yang ini aku bukan ciplak.. tapi datang daripada pengalaman aku sendiri.. Ye anak-anak, minda yang cergas datang daripada badan yang sihat.. ye anak-anak, ikut la ckp saye.. Doktor Fadzilah Kam.. Kam.. Come to me... ..



Ok, hey you all, gurl chantek-chantek.. fewiiit... meh meh la singgah kejap sini, jgn ar tukar lain.. meh la dgr cite abg Kimie ni.. kejap je. Ala tak lari nye facebook kau tu... tak kemana jugaknye. Ye anak-anak, stop stop la men game dota tu.. ala kau men pun bukannye juara berturut turut macam aku nye.. stakat kau tu, sambil berak aku boleh compare dengan kaw.. meh sini aku nak cite, cite ni tajuknya ialah.. jeng jeng jengg.. "Tanda-Tanda Lelaki Jatuh Cinta kat Korang".. amacam? Suspen tak? ada kena dramatik dan gramatis tak?? Tergeraknye hati aku nak tulis benda ni ialah, satu, sebab aku tengok ramai bebenor kawan-kawan pompuan aku kene tipu hidup hidup ngn lelaki..dua - sebab banyak bebenor blog yang mengeksportkan info info cmni, tapi sikit sangat.. jadi kali ni aku nak terangkan tanda-tanda lelaki jatuh cinta habis-habisan. Aku korek segala rahsia, untuk you all sayang-sayang ku gurl gurl yang chantek.. fewwiiit.. eh eh you, na pegi mane tu? Duduk! Duduk! aku ketut kpale kan..



FAKTOR-FAKTOR LELAKI JATUH CINTA

1) Kecantikkan
Aku nak tanya, cuba korang pegi hadap cermin skarang. Korank tenung setiap inci muka yang korank rasa chantek tu kat cermin..mesti korank akan tanya soalan cmni.. "aku ni chantek ke".. dan korank mesti jawab.. "chantek la, kalau tak takkan la pakwe aku sayang aku".. buwekkkkk! nak muntah aku dengar.. ngade ngade.. muka macam Cimpazi dapat bunga, ngaku diri sendiri chantek. Itu pengetahuan you all gurl gurl kt luar sne tu, lelaki sukakan benda yang chantek, macam kuda belang ke, harimau kumbang ke, platipus ke.. hah lelaki memang akan suka kepada kechantekkan.. dan kalau boleh, diorang nak kechantekkan tu ada kt wajah korank yang tak seberapa chantek tu.. barulah sedap mata memandang.. takde ar susah susah nak bayangkan wajah Siti Nurhaliza time tenung wajah korank yang confirm tak sme ar dengan Siti Nurhaliza.

2) Seksi dan bijak
Bagi seorang lelaki, bentuk badan yang chantek dan rupa paras yang menarik tak ada gunanya kalau otak kosong. Blank. Bab kata abg aku, otak macam Patrick Star.. tapi skurang kurangnye Patrick tu kiut la jugak dari korank.. Seorang lelaki biasanya memandang kebijaksanaan seseorang awek yang dia berkenan daripada rupa paras, ukuran pinggul dan lebar dada awek tu.. sebab si lelaki tu, otak dia lain skit daripada pompuan. Dia lebih pentingkan kebijaksaan daripada kecantikkan walaupun diorang suka sangat kat benda cantik - cantik... tak macam pompuan, lambat jumpe muka lelaki yang ada mirip sipi sipi Korea je, terus jeriit "AAAA HENSEMNYE".. naik menyampah aku.. buwekkkk!!!.. Dah kalau bijak, seksi tu plak bonus kepada setiap wanita.. haaa seksi bukannye korang kena pakai baju yang nampak bra yerk.. seksi disini ialah suara lembut, manja manja kiut macam suara awek aku.. aku yang tengah hot pun, kalau dengar suara awek yang seksi ni, naik cair aku...

3) Perasaan Ingin memiliki sesuatu
Aset yang ada pada pompuan membuatkan lelaki ingin memiliki dirinya. Hah, jge jge tau. Lelaki ni kalau dia start kejar awek yang dia suka.. silap hari bulan, korank mintak diri korank dimasukkan dalam Hospital gila bagi mengelakkan diri korank daripada si dia. Lagi-lagi kalau korank ni jenis ramai peminat.. memang dikatakan idaman setiap lelaki la.. perghh lagi la kuat usaha dia semata-mata untuk memikat hati korank.. sebaik sahaja hati korank terbuka untuk dia, dia akan terus menyanyangi korank sebab diorang nakkan aset korank tu, terus ada hanya untuk dia je.. ehem, paham2 la yerk maksud aku ni..

4) Menunjuk (ingin bersaing)
Ok part ini hanya terdapat pada sesetengah golongan lelaki je yer, bukan semua lelaki. Lelaki ni sebenarnya pantang dicabar, kalau kena cabar je, terus dia sahut dengan penuh kenyakinan mental dan fizikal yang mantop.. ada sesetengah lelaki, ngorat korank semata-mata nak tunjuk je kt kawan-kawan dia yang dia ada girlfriend yang lagi hot daripada kawan-kawan dia...

5) Ingin disayangi
oh bukan pompuan saja ada perasaan ingin disayangi, lelaki pun ada jugak. Tapi disebabkan tahap ego lelaki tu tinggi, jadi dia tak tunjukkan je kt kawan-kawan dia dan kt korank. Tapi bila dia dapat je korank di hati dia, macam-macam kata-kata romantik dia lepaskan kt korank.. kalau korank bernasib baik, korank akan dapat ayat daripada si dia yang sehabis romantik gilerrrrr la macam si dia tu dah tak panjang umo dan nak mampus keesokkan harinya... ish3.. ape punye nasib... romantik?? Buwkkkkk!!! nak muntah...

6) Seks 
Ingat pepatah aku yerkk..

"lelaki berikan cinta untuk seks, tetapi wanita berikan seks untuk cinta"

Kata-kata tu aku ambil direct daripada sahabat paling paling baik aku la.. malangnya, dia seorang bohsia. Apa nak buat.. lelaki biasanya akan memikat perempuan untuk seks. Tapi tak SEMUANYA nakkan seks. Ada yang betul-betul ikhlas mencintai si dara tu.. dan ada yang mahukan seks, namun sanggup bertanggungjawab..  sorry, aku takleh panjangkan bab ni..


TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA 

1) Beri perhatian
Setiap malam ,setiap minit.. asyik dia je yang call.. asyik dia je yang call. sampai nak makan minum, berak mandi pun terganggu.. hinggakan ada satu kes, henpon jatuh dalam mangkuk tandas time nak buang air kecil, kebetulan time tu pakwe dia pulak yang call.. ye, apabila si lelaki tu jatuh cinta kt korank.. dia akan tanya korank, buat apa, dah makan ke? dah minum? camne sekolah, ok? Petang ni kuar ke tak? Kuar dengan sape? macam-macam la ditanya oleh diorang... tapi jangan ar rasa terganggu, sebab apa yang diorang buat tu ialah cara diorang tunjukkan kasih sayang diorang kt korank.. jgn ar tetibe ckp "I rimassss!!!" kt diorang.. cian diorang, terasa hati tauuu... ish

2) Jeles
Si dia akan jeles seperti mana aku jeles setiap kali lelaki hantar wall post 'hai' hai kat wall facebook awek aku. Si dia akan terasa panasss sangat, time tu, kalau 10 orang ajak dia gadoh.. of coz dia akan lawan ar.. sebab time tu si dia memang dah hot tahap gaban ar.. sepanas-panas bahang matahari, panas lagi hati si dia.. tapi tak leh challenge la dengan panas api neraka.. walaupun pada waktu itu, anda belom lagi kekasih kepada si dia secara officialnye, tapi dia dah pun anggap anda tu kekasih dia, malah lebih dari tu lagi.

3) Dia akan menghiburkan anda
Dia sentiasa akan menghiburkan anda.. dikala anda sunyi. Diorang sanggup jadi badut untuk korank pada pukul 3 pagi, hanya kerana korank sedih mak ayah korank tak belikan patung Domo untuk korank siang tadi, hanya untuk buat korank senyum. Si dia juga akan menasihati segala buruk baik korank buat, sebab dia sangat sayang kt korank.. soo korank jgn amik kesempatan yerk...

4) Sukarela
Dia rela buat apa saja untuk korank secara sukarela, dan bukannya paksa. Walaupun korank nak makan satay, dia rela pecut moto ke arah Kajang, hanya untuk belikan korank satay kt sne untuk korank... dia rela tak makan just nak belanja korank yang nak sangat beli baju tuu... dia rela berkorban hanya untuk orang yang dia sayangi..

5) Takkan curang
Dia takkan curang kat mana-mana gurl pun atas muka bumi sebab dia mmg sayang giler babi kt korank.. tpi kalau dia curang jugak.. itu maknanya hati si dia blom 100% lagi mencintai korank.. ala chill la.. abg Kimie kan ada.. abg Kimie baik tau.. chomel pulak tu.. abg Kimie setia tau, setia untuk yang kedua.. korank bermadu la dengan bunny aku tu, sebab aku takkan lepaskan bunny aku untuk sape sape pun.. hahahah

6) Gila
Bila dia dapat tahu je ada orang lain yang ngorat korank, dia akan jadi gila. Dia rela buat apa sahaja termasuk membunuh bagi merebut korank daripada jantan lain... itulah lelaki yang sayang kt korank giler babi.. jdi jgn mainkan dia sebab dia rela bertanggungjawab atas apa sahaja yang berlaku kt diri korank, termasuk jadi Pak Sanggup untuk korank..

7) You are the one
Dia akan anggap korank ni, ni korank sume yang chantek chantek, chomel chomel tu sebagai orang yang paling dipercayai dirinya.. dia rela gadai harta dan nyawa demi korank tau.. dan dia selalu ucapkan ayat ni kt korank.. "You are the One".. hahhhh tgk, cool tak? Cool??? Cool kepala hotak korank..

8) Kerap bertanya
Dia kerap bertanya ayat cmni --> "Do you love me?" ataupun "Adakah awak sayang saya separuh mati?"...

9) Minta anda kembali
Jika korank tinggalkan dia, dia akan jadi amat sedih.. dia takkan peduli kt mane-mane pompuan selagi korank tak dapat pengganti untuk dirinya sebab dia sentiasa meminta anda kembali kepadanya.. namun apabila dia dapat tau bahawa korank dah dapat pengganti dirinya, maka remuk hancur luluh la hati dia.. ish ish ish

10) Tak pandang dua kali
Cube korank perhatikan time korank dating ngn die.. die ada pandang pompuan lain tak??? Dia takkan pedulikan kt pompuan lain sewaktu dia bersama kamu.. kerana di hatinya, just only you...

11) Menangis
Perghh! Part ni yang paling sensitif,, seorang lelaki takkan menangis sebarangan kecuali orang yang amat amat dicintainya. Maksud amat disitu ialah AMAT AMAT AMAT AMAT AMAT AMAT dicintainya.. sebab ego lelaki ni tinggi, dia takkan jatuhkan air mata sebarangan punya.. percayelah..

P/S : Umiey (Bunny), saye pernah jatuh air mata untuk awak :)


Ok, ni tak habis lagi ni... banyak lagi ni.. tapi aku stop sampai sini je sebab tgn aku pun dah penat taip.. so maybe esok aku sambung balik.. okeyh?? tidak semua lelaki sanggup menitiskan air matanya hanya untuk seorang wanita yang disayanginya, jadi hargailah insan bergelar lelaki.. :)

No comments:

Post a Comment