Only God can judge me

I'm universal. Except hip - hop

Skinny jeans & Shirts.
No fluffy dresses.

Let me make this clearly --> I'M NOT A SMOKER!

You can't say that I'm arrogant, you don't even know me at all.
But I'm kinda vicious and I'll never stop.

People, I'm not perfect and so do you. I can be two times more cruel WITH the person who've been previously mean towards me. If you're jealous with what I've achieved, I hope you don't have a nose cause I'll be farting right on it. I've had enough of your ridiculous "blablabla". Try to achieve your own glory, make your own story and make people proud of you. Success is never found. Failure is never fatal. Courage is the only thing.

Thursday, May 5, 2011

PenUngGu IstaNa (menCari HanTU?)... kesah betul

Kalau dulu time aku kecik - kecik, aku tengok filem hantu kebanyakannya bertemakan konsep bomoh, jangan tegur hantu hantu kat tepi jalan tu nanti diorang ikut, jangan gunakan ilmu hitam dan sebagainya. Tapi sekarang aku tengok satu pembaharuan dalam industri perfileman Malaysia ni. Sebuah tajuk filem hantu yang masih terngiang ngiang kat saluran neuron otak aku ni ialah filem 'Penunggu Istana'. Aku rasa macam nak pergi tengok ar cite hantu tu. Apa yang menarik, cerita ni macam sebuah dokumentari ala - ala Seeker gitu. Tapi Seeker satu batang hidung hantu pun aku tak nampak, Penunggu Istana membawak satu kelainan dalam  filem iaitu diorang macam mengadaptasikan dokumentari cam National Geography tu kepada filem yang lain dari yang lain. Filem ni mencatat sejarah sebagai filem paranormal pertama di Malaysia sebabnya diorang betul betul cari hantu tu. Bukannya guna hantu tipu. Jadi yang korang tengok dalam filem tu sebenarnye bukannya hantu tipu tapi hantu betul yerk!!

Tapi bila aku tengok filem ni, baru aku tahu!!!! Damn! Sebenarnye cerita ni bukannya pelakon ataupun ada pengarah. Tapi memang cerita betul!! Ianya adalah video tape yang dirakamkan oleh sekumpulan pelajar dari institusi ke sebuah rumah lama di Papan, Perak. Cerita yang selama berkurun kurun ni hanya didengar oleh masyarakat kat situ situ je la tentang sebuah rumah bernama Istana Billah .


Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios yang juga Penerbit Eksekutif filem Penunggu Istana, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, filem itu diterbitkan untuk memberi peluang kepada audiens menilai sendiri kesahihan di sebalik kisah paranormal yang sering dicanangkan.

“Penunggu Istana merupakan sebuah filem yang merupakan cantuman daripada dokumentari yang dirakamkan oleh sekumpulan pelajar yang membuat penyelidikan tentang aktiviti paranormal.

“Filem ini adalah asli dan tiada sebarang tokok tambah dan semuanya adalah benar belaka. Namun, semuanya terpulang kepada masyarakat sama ada untuk mempercayainya atau tidak,” katanya.

Tambah Tengku Iesta lagi, pada awalnya kumpulan pelajar itu mahu melakukan kajian paranormal itu sebagai projek universiti mereka.

Namun, selepas mengesan sesuatu yang aneh sewaktu berada di Istana Bilah, mereka memberanikan diri untuk meneroka jauh dan mengenali dengan lebih dekat alam ghaib di rumah itu selama 15 hari di sana.

Apakah penemuan yang telah ditemui oleh mereka sepanjang di sana dan bagaimanakah pula dengan kesudahannya? Semuanya akan terjawab dalam Penunggu Istana yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

k yg ni komen dr slh sorg yg dh menonton filem ni...huhuhu seram seyh...

Wednesday, May 4, 2011

MenJaNa RobOt ataU MemBenTuK inSani????

Menjana robot atau membentuk insani? Itu menjadi persoalanan kepada diri aku sekarang ini. Adakah kita sekarang menjadi orang yang mengikut sahaja arahan tanpa jiwa (robot) ataupun kita adalah orang yang mengikut arahan dengan memikirkan sebab dan akibatnya (insani)??? Terimalah hakikat, dasar pendidikan negara zaman sekarang bukannya membentuk anak - anak kecil sebagai seorang insan. Mereka membentuk anak - anak kecil tersebut supaya menjadi robot. Yang tidak berjiwa, hanya mengikut perasaan dan ilmu mereka sahaja tanpa memikirkan sebab dan akibat.

Selalu saja bila ada orang akan amik result peperiksaan samada SPM ataupun PMR, pasti aku akan terlihat dua situasi. Pertama, menangis kerana gagal lalu menguncikan diri di dalam bilik dalam isolasi mutlak (mogok sebenarnye tu) dan kedua, menangis kerana terlalu gembira dengan percapaian yang dikecapi selama ini. Baguslah, tapi adakah orang yang berjaya itu dibuktikan lebih bijak pandai daripada orang yang tidak lulus peperiksaan???? Walaupun aku ini hanya seorang pelajar sekolah yang biasa, dan tidak layak untuk membidas kata - kata cikgu malahan kata - kata Perdana Menteri, namun aku di sini ingin menyatakan hasrat yang telah lama terbuku di hati nurani ini. Setelah sekian lama aku menyusun kata, sekarang dapat juga aku luahkan apa yang patut. Jika aku lihat setiap kali keluarnya result peperiksaan, ada yang marahkan diri sendiri. Si manis berumur 17 tahun, merajuk dengan dunia apabila hampir semua rakan sekelas mendapat 10A atau 11A sementara dia pula hanya mendapat 3A dan macam - macam lah.
Aduh, dunia ini kenapa?
Anak semuda itu menjadi penasaran kerana tidak meraih 'A' dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Namun bagi diri ku, Kamarul Haqimi, adakah 3A, 8A dan sebagainya itu adalah markah tercorot?? Kalau diri ku ini menjadi bapa kepada si manis itu, pastinya selepas dia keluar dari bilik, aku akan memeluknya dan berkata "Hidup ini bukan setakat mengejar kecemerlangan akademik semata,". Jadi pikir balik di dalam minda kamu semua, salah siapa sekarang???

Sistem pendidikan negara perlu diolah semula. Kalau disamakan dengan kereta, boleh dikatakan sistem pendidikan negara memerlukan total overhaul. Apa yang jelas, sistem pendidikan negara kita sekarang terlalu berteraskan pencapaian akademik. Kaut 'A' sebanyak mungkin di kantung, itu saja. Sehinggakan Ibu bapa juga jadi terikut ikut, lalu mendorong anak - anak kecil taksub mengejar kecemerlangan akademik. Apa yang kita alpa, kesan sistem pendidikan begini hanya akan melahirkan robot, bukannya insan bersemangat kental, yang dilengkapi pula dengan daya fikir kritikal. Kalau cara ini dikekalkan, kita hanya akan menjana robot - robot bagus akademik dan berdisiplin tinggi seperti negara jiran di selatan tanah air. Aku mintak maaf, robot - robot ini tidak berjiwa.

Bukan aku nafikan peranan akademik dalam sistem pendidikan negara. Anak - anak cemerlang pelajarannya, lazimnya akan mejadi seorang yang lebih tinggi keyakinan diri dan sentiasa mahu berlumba - lumba untuk menggapai pencapaian yang lebih baik. Namun pembangunan insani bagaimana? Perdana Menteri kita dahulu, sibuk melancarkan program yang dinamakan 'modal insan'. Ya, the God damned 'modal insan' itulah yang membuat ramai anak haram sekarang ini. Mana bukti yang dikatakan Malaysia telah berjaya menjana 'modal insan' yang terbaik??? TIdak, aku hanya melihat seribu luka perit di dalam negara tercintaku Malaysia sekarang ini. Kemahiran hidup, daya berinteraksi sesama manusia secara efektif, kemampuan menangani masalah kehidupan, kesihatan mental, dan pembangunan jiwa mereka - bagaimana??? Adakah sistem pendidikan negara kita berjaya membantu mereka daripada segi tersebut???
Falsafah pendidikan negara (jika tidak terkhilaf pembacaan saya) berhasrat untuk menjadi wahana dalam membentuk individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal. Sayang sekali, apa yang kita dapat sekarang hanyalah robot - robot yang terganggu emosi apabila slip keputusan tidak tercetak dengan abjad 'A' dalam semua mata pelajaran. Apa yang ada dengan 'A'??? Adakah dengan adanya 'A' maka kamu boleh mengaku kamu lebih bijak pandai daripada saya yang PMR hanya mendapat 5E 3B??? Adakah saya tercorot?? Ya, saya adalah tercorot pada pandangan kamu. Tapi pada pandangan saya, saya rasa saya lebih manusia daripada mereka yang dapat markah lebih tinggi daripada saya.

Kesunyian, membuatkan manusia lebih memikirkan
keadaan ini sekelilingnya
Tiada keseimbangan sama sekali. Hanya kecermelangan akademik yang ditekankan, cabang - cabang lain kucar - kacir tanpa pemulihan. Dalam mencari keseimbangan insani, pelajar - pelajar kita harus digalakkan berfikir di luar lingkungan bilik darjah dan buku teks yang saya anggap sebagai tiada gunanya. Aktiviti luar kurikulum dan pendedahan dalam bidang seni serta rohaniah juga mesti diwajibkan. Dengan cara ini, pelajar kita akan mencapai tahap keyakinan yang lebih bagus, berpengetahuan tinggi dan mempunyai kemahiran luar - akademik seperti berdaya kepimpinan, mampu berfikir secara analitis, berdaya saing dengan sihat, cekap berpidato, mahir linguistik dan cintakan bidang seni pilihan masing - masing. Apabila tanggungjawab dan disiplin bergabung dengan pencapaian akademi, barulah terdidik seorang insan, bukannya robot. Secara peribadi, sistem pendidikan yang saya lalui juga masih boleh diperbaiki. Walaupun cenderung ke arah linguistik dan kesusasteraan.

sekali lagi saya tegaskan di dalam blog saya (harap2 ada orang baca), saya tidak menafikan kepentingan akademik dalam mencari kecenderungan seseorang pelajar. Tetapi, keputusan peperiksaan tidak boleh dijadikan batu asas dalam mengukur karakter dan kekuatan mental seseorang. Saya ada ramai kawan yang tidak cemerlang akademik, tetapi tetap mempunyai kehidupan yang stabil dari sudut ekonomi, rohani dan jasmani. Setiap orang yang punya mimpi, lazimnya juga punya potensi untuk merealisasikan mimpi itu. Kalau mengikut cara ibu bapa saya mendidik saya, saya tidak pernah dipaksa untuk membaca, apalagi untuk membawa pulang 10A dalam peperiksaan. Walaupun akademik ditekankan oleh mereka, istilah paksaan tidak pernah wujud. Itu yang saya suka tentang ibu bapa saya. Cara itu saya rasa terbaik kerana, anak - anak remaja secara psikologinya memang tidak suka dipaksa. Come on, semua orang melalui zaman remaja. Semua orang memahami konsep erti 'remaja'. Anak - anak sebaya dengan saya merupakan pelopor masa depan negara Malaysia ini, tersalah didik kelak negara kita ketinggalan. Mengenang kata - kata pujangga Amerika (fuck u) RObert Frost, dalam sajak ulung beliau bertajuk The Road Not Taken:

Jalan yang tidak selalu dirintis itu, jika tegar diterokai, pasti lebih banyak pelajaran dan pengalaman yang boleh ditimba

fikir - fikirkan selalu. Kepada pengawai kerajaan yang membaca update blog saya kali ini, tolong lah memikirkannya dan cadangkannya daripada bos anda. pastikan anda jangan cakap ini idea anda.. aku cepuk baru tau..

aku hanya insan biasa, namun bercita
dan cinta besar.

Tuesday, May 3, 2011

KEBOSANAN

Di saat aku bosan kat sekolah, dan disebabkan Cikgu Zaleha Hasnah, cikgu mata pelajaran sivik aku tak peduli kat aku, aku bersama Sophie, Aien, Fykah, Amir pun lepak ar kat luar kelas. Menunggu musuh kitorang (Pengetua) menaiki tangga dengan penuh drama.... time lepak2 tu, aku terlihat lah Natasha dengan Sophie bermesra - mesra. PErgh jeles baii (Natasha ex aku)... tapi biarkan je la. Dah ade yang baru buat la cara dah ada. Buat pe kenang masa yang lama. Then dalam kebosanan tu jugak aku melukis kasut aku. Bile balik rumah aku tengok, ok la jugak. Ramai yang puji kasut aku ni ada unsur - unsur 'cute' hahahaha''' actually sebab ade kartun 'domo' jerk.. sebab tu diorang pujji... kalau aku letak Spongebob ke, mesti cikit je yang puji... tengah syok aku melukis dan lepak dengar gossip - gossip panas dari kaum pompuan ni, si Leeya wat wat suspen mari terjah kitorang cakap pengetua on the way nak kill kitorang... aku pun ape lagi, pecut macam marathon masuk kelas.. Cikgu sivik aku still buat muke bodoh jer bile kitorang masuk dalam kelas. Langsung tak tanye mane kitorang menghilang... aish, cikgu makan gaji buto... biarkan je la, aku pun tak belajar gak kalau dia mengajar. Asyik tido lam kelas je. Bile masuk dalam kelas, aku pun buat la muke suci. Ala muke baik katekan. Muke skema. Kasi ketatkan sikit tali leher tu biar nampak macam pelajar terhormat. Bile pengetua lalu, aku pun bagi salam.haahahha damn! Pengampu betul aku ni kan.. ala biasa la, tabiat, orang nak hidup katekan. Dalam kebosanan yang terlampau amat tu, aku sambung balik melukis kasut ni. Natasha buat hal pulak dah.. Menyemak mintak kasut dia dilukiskan jugak. Nyemak tol budak pompuan tu, kalau la aku ade senapang, dah lame bersepai aku tembak... Sophie yang bertindak sebagai kawan baik aku pun buat - buat la bercakap dengan si Natasha ni, aku pun sebenornye malas la layan si budak Natasha ni. Lawa pun memang la lawa. Hot pulak. Muke macam anak kacukan Cina Melayu walaupun gigi dia tu sikit sikit jongang ar. Tapi bagi aku ok ar. maintain cute katekan...

Balik rumah, terus aku on facebook. Check notification aku, line tenet memang problematic sikit ar. Nasib baik aku sempat dengar dua lagu kegemaran aku iaitu Ska P : Intifada dan Joanna & C.O: Aku Pelangi.. law tak aku kapak broadband celcom ni. Ape yang menambahkan kebosanan aku ialah, aku call awek aku, ajak kuar. Die buat hal pulak dah. Cakap tak nak, busy. Amikaw.. biarkan je la. Maybe dia betul betul busy agaknye. Ala lagipun selama ni bukannya dia tak luangkan masa dengan aku. Hmmm adat orang bercinta. Kenalah faham ssama pasangan.. Jadi aku pun main la tenung tenung dengan siling bilik aku ni. Then kekasih lama aku Waniey send mesej kat aku

"Hey bie, pe kabar. Sombong skarang ni noohhh"

Aku pun buat bodoh je la. Sebenornye memang aku tak nak balas, sebab aku takde kredit. Kalau ade kredit pun haramm aku nak balasnye. Buat nyemak jer pompuan camtu. Alahai, bilelah aku nak kahwin. Pernah jugak aku terpikir nak ada family, hidup senang, heppy.. tapi takkan ar sume tu pakai air liur je. Mesti la duit baiii.. sekarang ni gaji kerja aku pun cukup cukup wat beli pakaian aku jer.. yang lebih tu pun aku buat belanja awek aku je... family aku??? Harammm aku nak belanjanya.. hahah berdosa nye la aku ni kan? Tapi memang betul, aku jarang belanjan family aku sebab bagi aku diorang lebih berkemampuan dari aku. Hah sekarang, Cikgu Ziad, cikgu mata pelajaran seni aku pulak bagi homework yang susah. Iaitu buat anyaman. PErgh bai aku benci seni anyam anyam ni.Kalau melukis, paint water colour. Aku memang ade kelas bab tu,tapi bab main tikar - tikar ni aku memang capdush sikit. Kolaj pun aku dah cerewet inikan pulak nak buat tikar. Tikar bukan sebarangan tikar budak2 tu.. ini tikar bercorak macam tikar real punye. Susah giler babi... so aku pun tangguh la sampai sekarang satu pun tak jalan.. Lusa cikgu dah nak dah. Kalau tak siap cikgu nak bagi 10 rotan. PErgh! 10 bai.. bukan kat punggung.. but on the hand.. nampak gayanya, sampai sini je la riwayat hidup aku. tapi takpe, biarkan, aku pun dengan senyum aku pergi lepak depan umah. Hahahaha sikit tak masuk masalah dalam kepala aku ni. Ala biasa la, lelaki.... ok la, sekaraang dah pukul 5.20 pagi. Pukul 6 nanti aku kena bangun pegi skolah pulak. Bagi la aku masa nak tido walau sekejap. ok la guys, assalamualaikum...

challobette....

Friday, April 22, 2011

CATATAN UNTUK RAKYAT

PLAGUE OF HAPPINESS - OH LEPASKAN!

Makan minum tak tentu
Pasrah diri dibelenggu
Nilai diri terjerat oleh najis kudis berhantu
Cuba lari terlepas
Jerat kaki yang keras
Namun pasrah menunduk kedulang yang penuh hampas

Tangan rayap melalang
Harta orang digantang
Paksa diri mencuri takut gian terlentang
Nilai diri tak pasti
Adakah ini dicari
Sakit badan melarat hanya untuk sedap sekerat

Oh Lepaskan!

Cuba menyerah diri
Cuba membetul hati
Agar diri tak cemar oleh serbuk berduri
Ingin tangan digari
Ingin hati dikunci
Oleh jarum perasa inti berwarna - warni

Namung engkau tak pasti
Adakah ini dicari
Untuk membetul diri dalam yang penuh duri
Belum sempat fikirkan
Semangat pudar menghilang
Suasana mengancam sabar kini tinggal bayangan

Oh Lepaskan!
Oh Lepaskan!

Tuesday, April 5, 2011

IN CAPITALIST WE TRUST

Dah la semalam kuar berita tipu punya banyak, harini pun sama gak. Laris la surat - surat khabar seluruh Malaysia. Habislah semua rakyat Malaysia kene tipu. Akhbar Kosmo pulak melakukan hebahan yang lebih hebat. Terharu aku membacanya. Dengan tajuk dimuka hadapan tertulis "Polis Gagalkan Zina Di Atas Al - Qur'an" or something like that, beritanya mengenai gig Seremban yang diserbu. Gembira betul aku bila makan di kedai dan pekerja kedai itu tanya aku ni geng Black Metal ke? Hahaha sampai camtu sekali kejayaan akhbar - akhbar ni semua memburukkan manusia lain. Jahat sangat ke kami ni? Orang yang tak dengar metal tu baik - baik belaka ke? Agaknya ayah Pin tu pun ketua Black Metal kot. Ada ke Kosmo cakap mengikut jadual gig, upacara berzina di atas Al - Qur'an kemudian membakar ayat - ayat suci Al - Qur'an akan diadakan selepas tamat persembahan muzik dari artis - artis terkenal (hehehe) tanah air kita semasa gig Seremban berlangsung. Wahhhh sekarang ni gig dah ada jadual la. Macam jadual menjaga kebersihan kelas la pulak. Masuk akal ke? Heh ni aku nak tanya sikit pada pihak - pihak media dan sapa - sapa la yang mempercayai media, serbuan di buat dan tiada sebarang senjata berbahaya di jumpai. Memang lah takde sebab kitorang datang bukannya nak berperang yang sampai nak bawak senjata tu. Apa gila ker korang? Yang bawak senjata tu ialah polis dan unit FRU. And another thing, dah kata sedap - sedap jer tuduh kami nak bakar Al - Qur'an, ada ke korang jumpa sape - sape yang bawak Al - Qur'an datang gig? Ada ke laporan yang mengatakan Al - Qur'an dijumpai? Kalau tak jumpa tu maknanya kami ni bakar apa? Bakar diri? Apesal tak kata kami nak bom Terminal One je? Kan lebih hangat cerita tu. Wei wartawan, tak takut dosa ke korang buat fitnah sampai camtu sekali? Nak kata kami berzina atas Al - Qur'an? Perempuan yang ditahan pun cuma 4 orang daripada 105 orang. Dan ada yang dah jadi isteri orang. Dan ada yang makwe orang ikut pasangan masing - masing untuk menemani. So yang lain tu nak berzina dengan sape? Ngan wartawan? Ha bodoh! Pikir la kalau nak buat tuduhan pun, kan dah menampakkan kebodohan sendiri. Kerja bagus tapi otak takleh pakai. Aku yang pegi gig pun tak pernah sekali pun jumpa orang bakar Al - Qur'an. Bakar rokok ada la. Kalau takat wartawan yang baru - baru jer rasa nak jenguk kaki kat gig metal tu, tak payah la nak cerita macam pengelaman korang tu hebat sangat. Panggil bodoh kang marah pulak. aku tak habis lagi nak hebahkan berita - berita tipu korang tu. Tunggu la esok plak, aku nak balik dah. Jumpa lagi esok wahai pemberita - pemberita tipu dan manusia - manusia yang suka ditipu.

Credit to Rudy - myspace blog

Saturday, April 2, 2011

DUNIA SEKARANG HANCUS (DUNIA CACA MARBA)

ARTIS MELAYU ZAMAN SEKARANG (CASE 1)
Aku pun tak pernah tengok artis ni, dan tak perasan pun filem ape yang die lakonkan. Ala biase la aku, jarang tengok cite - cite Melayu. Kalau tengok pun mesti yang bergenre 'horror/thriller'.. tak pun yang lawak ataupun aksi lebih sikit. Tak men ar cintan cintun ni. Dah naik muak aku. First aku kenal si artis bernama "Miera Liyana" ni pada waktu aku tengok program Galaksi. Ala sape nak tak kenal dengan program yang suke terjah artis tu. Feymes la sangat kt saluran TV9. Time mula2 si cameraman ni focus kt celak ketiak artis ni, aku terkejut. PERGH TAK PAKAI BAJU DALAM BAI...berani giler artis MELAYU zaman skarang. Kalau MAT SALLEH tu TAKDE AR AKU KESAH... sebab memang dah KAFIR pun... tapi ini MELAYU, ISLAM pulak tu. Selumber jerk die pakai baju yang menampakkan aset wanitanya. Aku berani suarakan suara hati aku kt sini, lantak die la si "Miera Liyana" ni nak report polis kononya jatuhkan maruah dia, sape suruh die pakai baju camni. Aku tak suruh kan??? Ade aku suruh? Diingatkan yerk, aku bukan nak promote artis ni dan jauh sekali nak mencaci maki kan artis ni sebab aku tengok muka pun boleh tahan lawa gak. Ade kick la katekan tapi yang aku tak tahannye pakaian dia ni. Babe, artis len pun hot jugak tp takde ar cmni. Ok mmg boleh di terima kalau 'aset wanita' die ni tetibe 'terkeluar' tapi yang aku tak bleh blah..

wartawan tu cakap "Miera tak kesah ke pakai baju yang menampakkan aset wanita Miera ni???" ....die boleh jawab "Ala takpe la..terkeluar SIKIT jerk. Takde ar nampak. Acctually Miera pikir jugak berani ke tak nak pakai baju ni. Lagipun nampak SIKIT jerk. takde ar sume"

Wei, itu dalam program TV. Sekarang kaw nak jawab kt Tuhan cmne? Kaw nk jwb cmni??? "Takpe la, nampak sikit jerk".... Kau tu MELAYU, MELAYU penuh dengan sopan santun...tau??? Anda paham...PIKIR LA SENDIRI





MELAYU MAKIN LAYU (CASE 2)
Memang terbukti akhirnya kata - kata 'Melayu makin layu'... bertindak sebagai ahli Punk yang ada sikit - sikit fahaman Nazi (racist), aku begitu sayangkan Melayu aku daripada layu. Kalau dulu video lucah hanya dibintangi oleh warga2 Amerika, dan sewaktu dengannya... tak lupa juga ratu porno Jepun iaitu Maria Ozawa, namun sekarang video lucah kerap di isi oleh orang Melayu sendiri..sama ada RELA atau pun TIDAK SENGAJA... aku sendiri pelik, kalau aku la kan, buat benda tu dengan awek aku, tak kan aku nak rakam..mesti aku nak sorok - sorok jerk, namun mereka siap tersengih lagi buat kerja tak senonoh ni. Yelah memang aku tak perfect sedangkan aku pernah ber 'french kiss' ngn awek aku, tapi aku sendiri geleng kepala tengok benda jahanam ni. Kenapa Melayu??? Melayu??? dan Melayu??? Mana pergi Melayu yang dulu??? Penuh dengan adab, sopan santun...ala zaman2 P - Ramlee dulu tu la...cuba kaw tengok, filem - filem P - Ramlee dulu, nak ngorat awek tu punye la susah... tapi sekarang, si jantan ankat moto sana ankat moto sini, si dara dah tersangkut kat si jantan. Maka bertebaranlah nafsu serakah masing - masing yang tak ubah macam singa... sehinggakan dalam semak pn diorang boleh buat project jahanam ni...

dan seperti lagu daripada sebuah band Hardcore Punk di bandar Dungun ini iaitu band Selipar JPunk..tajuk lagunya ialah "anak - anak"...menceritakan tentang keseronokan mengadakan seks dan tentang anak - anak yang dilahirkan. Mereka bodoh! Selepas seronok buat seks jahanam tu anak - anak terus mereka buang begitu saje. Kenapa? Kalau dia bagi kt rumah anak yatim takde ar aku sakit hati sangat, tapi mereka buang anak tu kt dalam tong sampah. Dalam jamban. Sehinggakan ada yang kena makan dengan anjing. Celaka kau!!! Kau tunggu balasan kau kt neraka nanti!..





DOSA DI FACEBOOK  (CASE 3)
Ni lah manusia zaman sekarang, upload la bebanyak gambar facebook yang seksi dan menyeksakan kaum lelaki kerana tahan stim tengok gambar korank... dah tau gambar tu seksi buat ape nak upload? Nak tunjuk kat sape? Dan kalau ade jantan yang "giler seks" pergi komen sebagai contohnye: 'Cantik body', "wow tetek awak" dan sebagainya, korank marah pulak padahal korank dulu yang memulakannya. Diingatkan di sini walaupun korank upload gambar tu dan lelaki yang tengok, korank tetap dapat dosa. Si jantan dapat 1 dosa, korank yang upload gambar seki seksa tu dapat 2 dosa. Dan kira la pulak berapa ramai lelaki yang komen dan tengok gambar korang yang seksi - seksi tu... tak mau pergi beribu dosa korank dpat..nak buat pahala 1 pun bukan main liat, ni dapat dosa free je..tak sedar pun. Tengok - tengok dah bertong drum dosa korank ada...aku xmarah korank nak guna facebook pun tapi pastikan gambar korank tu sopan. Ala korank yang CUTE GILER tu pun kalau bertudung lagi la tambah CUTE GILER GILER DAN SAWAN...mmg Tuhan dah jadikan begitu.... so kepada korank, pikir2 dulu yerk sebelum upload pic tu...


Ini adalah gambar salah satu kawan saya dalam facebook...maaflah, saya tak boleh bagitau namanya kerana menjatuhkan maruah dia.... walaubagaimanapun sekarang dia dah berubah sehinggakan gambar profil dia sendiri bertudung..alhamdulillah..


IN CAPITAL WE TRUST (CASE SERIUS)
Maybe kes serbuan polis kat gig - gig Punk sekitar Kuala Lumpur dan luar Kuala Lumpur dah lama tak berbunyi. Namun masih ada ura - ura di akhbar tempatan seperti Harian Metro dan sebagainya yang jelas bersuluhkan terang penipuan yang memang total tipu ar...sebagai contoh ialah keratan akhbar ni..


Dengan gagah dan beraninya si penulis akhbar lahanat lagi jahanam ini menulis dengan besar "MUKJIZAT PUNK" dengan jelas perkataan P.U.N.K tersergam dengan megah kat dada akhbar itu. Kalau korank tak nampak caption gambar tu, meh aku tolong taipkan untuk korank...penulis kepada akhbar jahanam ini mengatakan bahawa

"Selain menolak kewujudan hari kiamat, pengikut kumpulan Punk di negara ini mendakwa mereka mempunyai mukjizat yang boleh menguasai elemen tanah, air, api dan angin bagi melindungi ancaman orang luar. Kepercayaan karut dan syirik itu didedahkan oleh remaja perempuan yang pernah menganggotai kumpulan Punk Anarchy"

Lagi aku baca dia tulis macam ni...

KUALA LUMPUR: Karut dan syirik! Itulah pegangan segelintir pengikut Punk di negara ini kononnya setiap ahli kumpulan itu mempunyai ‘mukjizat’ yang boleh menguasai elemen tanah, air, api dan angin bagi melindungi ancaman orang luar.

Ahli kumpulan itu yang nyata sesat menafikan kewujudan Tuhan selain menolak Rukun Iman kelima, iaitu kepercayaan kepada hari kiamat.

Pendedahan pegangan kumpulan itu dibuat seorang remaja yang pernah menjadi pengikut Punk selama tiga tahun

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah, 19, kini sudah kembali kepada ajaran Islam.

Menceritakan pengalamannya ketika bersama kumpulan itu, Sarah memberitahu Harian Metro, kepercayaan karut itu tersebar di kalangan pengikut kumpulan berkenaan dan berbeza mengikut identiti, pakaian dan peragaan rambut setiap ahli.

“Kumpulan Punk Anarki yang saya sertai percaya kami mempunyai kuasa ‘super’ yang tidak diberikan kepada orang biasa.

“Malah, saya pernah diperdaya apabila teman lelaki menunjukkan kuasa angin dimilikinya ketika kami berada di rumahnya di Kajang.

“Ketika itu, seorang lelaki Nepal cuba mengusik saya di luar rumah yang menjadi tempat kami berkumpul. Teman lelaki saya yang geram kemudian menunjukkan jari sebelum tiba-tiba angin kencang datang entah dari mana,” katanya ketika ditemui di Rumah Sahabat, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) di Hulu Langat, dekat sini, semalam.

Katanya, kejadian itu menyebabkan lelaki Nepal terbabit lari sejurus mendapati tiang ampaian rumah berkenaan tiba-tiba tercabut.

“Sejak itu saya percaya kami anggota Punk mempunyai kuasa tertentu, malah saya sendiri yakin dikurniakan kuasa api,” katanya.

Sarah menceritakan, anggota Punk remaja lelaki turut aktif menawarkan cinta murahan, terutama terhadap golongan gadis sekolah yang mudah dipikat sebelum jadi alat pemuas nafsu.

Gadis belasan tahun tidak sekadar dipengaruhi ideologi antiketuhanan oleh kumpulan punk tetapi dijaja kehormatan diri tanpa rasa malu.

“Kebanyakan gadis yang berjaya ditundukkan akan diajar oleh mentor supaya menyerahkan tubuh kepada ahli Punk pada bila-bila masa.

“Mereka dididik berpakaian Punk, bergaul bebas sesama ahli selain berpeleseran dengan melakukan gejala tidak senonoh, termasuk menjamah sampah bagi membuktikan kepatuhan sebagai ahli punk,” katanya.

Kata Sarah, walaupun agak mengerikan apabila ‘dirogol’ sekumpulan lelaki dalam satu masa, gadis Punk terpaksa akur dan tunduk kerana ia sebahagian syarat menjadi ahli Punk sejati.

Ketika mula-mula menyertai punk, dia bersyukur tidak ‘dikendurikan’ kerana dirinya sudah menjadi kekasih seorang anggota senior kumpulan Punk Anarki yang disertainya.

“Memang bersyukur kerana tidak dijadikan seperti itu,” katanya yang mengenali kumpulan itu ketika berusia 16 tahun selepas lari dari sekolah berasrama di Negeri Sembilan.

Menurutnya, ahli Punk daripada kumpulan Nazi, Anarki dan kumpulan lain tidak percayakan agama.

Rakannya yang juga bekas ahli Punk dikenali sebagai Ziela, 18, mendedahkan falsafah hidup setiap ahli punk, iaitu ‘Punk not die’ bukan kata-kata biasa kerana ia jiwa dan semangat setiap ahli.

Sementara itu, Pengerusi Perkid, Masridzi Sat berkata, Punk adalah yang kumpulan mengamalkan kegiatan terancang untuk memesongkan akidah seseorang, terutama remaja Islam melalui hiburan muzik yang mengandungi lirik memuja syaitan.

Menurutnya, mesej yang diserapkan ialah antiketuhanan atau menolak kewujudan Tuhan selain pengamalan seks rambang dan keganasan.

“Ibu bapa dan umat Islam perlu menyedari bahaya gejala punk yang bukan hanya boleh meruntuhkan bangsa, malah agama dan iman seseorang terutama remaja Islam yang mudah dipengaruhi.

“Mereka perlu mengawal pergerakan anak dan mengetahui sebarang kegiatan dilakukan,” katanya

DENGAN PENUH GELAK BERGULING BATING aku baca surat khabar ni...kahkahkah memang betul2 bodoh la punya wartawan. Nak buat cerita tu biarlah logik akal sikit. Korank kenal ke apa erti Punk yang sebenarnye??? Punk takde agaman, tak percayakan hari kiamat, mukjizat ape benda sume tu??? Karut ar.. kahkahkah. Kalau Black Metal ada la jugak logiknya nak cakap sembah setan, takde agama semua tu sebab memang maksud bintang pentagram Black Metal sendiri tu melambangkan penolakkan kepada agama. Tapi ini Punk? Kahkahkah...Kalau korank nak tahu, gambar hitam putih tu bukannya gambar si perempuan bertudung yang kononnya insaf...tapi itu adalah gambar Amy Lyna... kahkah! Memang aku nak tergelak ar dengan kebodohan wartawan ni.. ok kalau korank tak caye, nah link untuk Amy Lyna.. korank boleh tanya dia sendiri http://www.myspace.com/amy_lyna/blog/237572429 .... In Capital we Trust...

Soalan kedua pulak, lagu Punk mengandungi unsur - unsur anti agama? What the hell? Apa benda tu? Ok si wartawan kokek lahabuk...ini lirik daripada lagu - lagu Punk yang terkenal..dengar dan teliti lirik diorang

Plague of Happiness - Viva La Punk
Standing alone feeling down
Feeling like a silly clown
My ideas came and sunk
I just wanna be a Punk

Change my idea change my gear
Got my guts lost my fear
I don't dress to be a seen
Studs, black leather, hair that's green

viva (3x)
viva la Punk

I know that this is for real
Just bring our way we feel
We the clothes we want to wear
You whisper thing we don't care

Just remember when you speak
We are not any kinds of freak
To look at us don't need to pay
We are punker here to stay


Itu sebagai contohnya... ada tak anti agama? Takde kan? Wei2 dah2 la dengan alasan memakai sesuatu pakaian yang menyerupai sesuatu golongan itu maka akan tergolong dalam golongan itu sebab sekarang mmg kita dah tergolong pun. Tali leher yang korank pakai tu, datangnya daripada mana? Amerika..lambang kepada apron Freemasons. Pangkat polis yang bentuk "V" tu, lambang kepada 5 darjat Freemasons. Lambang tangan peace dan rock tu, lambang kesyaitanan... hah korank nak cakap korank bebas daripada kejahilan la kalau tak masuk Punk?

Lebih baik kami kerana kami layan gig, bersuka ria dengan hanya moshing daripada kaum kelas atasan yang bergaul dengan GRO dan dangdut sume tu.. AKU TINGGALKAN KORANG DENGAN LIRIK DARI BAND AKU, dum dum tak


JEMAAH MENTERI
APA LAGI YANG KAU PINTA DAN INGINI?
ENGKAU HANYA GOYANG KAKI
PORAK PERANDA HIDUP KAMI

CELAKA KAU PAK LAWI
HURU HARA EKONOMI
APA NAK SUAP ANAK BINI
JIKA TERUS BEGINI
IKAT PERUT ROMPAK LAGI

PANTAT KAU! PANTAT KAU!
PANTAT KAU! PANTAT KAU!

JEMAAH MENTERI
APA LAGI YANG KAU PINTA DAN INGINI
ENGKAU HANYA GOYANG KAKI
PORAK PERANDA HIDUP KAMI

CELAKA KAU PAK LAWI
HURU HARA EKONOMI
APA NAK SUAP ANAK BINI
JIKA TERUS BEGINI
IKAT PERUT ROMPAK LAGI

PANTAT KAU! PANTAT KAU!
PANTAT KAU! PANTAT KAU!



Monday, March 28, 2011

ILoveYouFuckinDamnSoMuch

I found you here now please just stay for a while
I can't move on without you around
I hand you my mortal life but will it be forever?
I'd do anything for a smile holding you 'til our time is done
We both know the day will come but I don't want to leave you
I see my vision burn, I feel my memories fade with time
But I'm too young to worry
These streets we travel on will udergo our same lost past...

Newborn life replacing life, replacing all of us, changing this fable we live in
No longer needed here so where should we go?
Will you take a journey tonight and follow me past the walls of death?
But sayang, what if there is no eternal life?

Trails in life, questions of us existing here, don't wanna die alone without you here
Please tell me what we have is real..

So what if I never hold you or kiss your lips again?
I never want to leave you and the memories for us to see
I beg DON'T LEAVE ME


Kimie Capital taken by Lina Manson
27 March 2011
6.19 P.M -
would it be forever??? I hope so...

Friday, March 18, 2011

BFF AKHIR ZAMAN

Inilah sume Best Fren Forever aku yang stylo...jadi yg tak stylo tu sorry ar sebab x msuk lam blog aku ni, hahaha!!!!!! KEJAM!!!! hahahah takde ar...ni yg jenis kepala otak sme ngn aku.... paham??? Ok



FARA ALLY.......STILL SINGLE....GANAS, ROMANTIK, PENYANYANG....



ADY MUNER....MAT REMPIT BERJIWA BESAR (satu2 nye mat rempit yg aku tabik)...



MAN...NME FB MAN METALICA GOTH...COMEL, CUTE, STYLO DAN HENSEM...



AMIRA CASSANDRA EVANS....SAYANG KAU KETAT - KETAT <3





INI IALAH TYRA - AKU PANGGIL DIE TY, SINGKATAN KEPADA TREX MANSONS..ADIK AKU YANG SESAT NTAH KEMANA...LAME TA CONTACT DIE



SCHA SCHAMIE AND BOYFRENNYE APEK


INI MIMIE PUNK...YEAH..PUNK NOT'S DEAD


AMIR (agaknye...) MEIMI (yg stu lagi) DAN ORANG YG HEBAT IAITU FENDI HAHAHAHA


INI IALAH ALIP, ALIP IALAH MOOSE..INI ALIP MOOSE, PUNKER SEJATI TANPA FASHION...JIWA TETAP PUNKXXX RAWK




INI IALAH SYAZA...SYAZA IS GANAS, DIE PERNAH SEPAK SORANG BUDAK POMPUAN....





INI FIEYKA CASPER...CASPERRRR CASPERRR



INI MIA...BERSAMA BOYFRENNYE.... SWEET




INI PRINCESSS NUR AMIZA DAN HEHEHEHEHEHE.........







This is what we see
this we what we do
what ever problem we solve
it's will back to doom

This time has come
Rise you hand in a shine
Sunny shaw rude boys
Cloud fuck ass hole

Hidup ini memang palat, tapi esok masi ada
This is full of fuckin damned problematic, but we still have next day
Hidup ni memang payoh, tapi dakpe ar es0p ade gi dop
hidup ni meme susoh, tapi esop tetap ado
Hidup ni meme la susoh, tapi esop tetap ada poi
wa cakap sama lu, ini hidup manyak susah...tapi esok ada la...lu ingat


















GIG!!!!!! ESOK!!!!!

Esok gig malam ni aku tido awal giler sampai aku terbangun balik waktu sekarang (pukul 3:03 pagi) hahahah...mne tak seronok, band Plague of Happiness ade.. Dalam kucar - kacir sibuk beli tiket gig tu aku di-call oleh Vivienne Westwood yang ada pertukaran band...band The Korok tak dapat datang sebaliknya ditukar dengan band Saprah, Alienis Beautiful dan band hardcore mne ntah da lupe..

tiket pre - sale aku layu sebab kena air sirap...nsib baik tak hancur lumat terus hahahaha..... Arif Burger, Apex Sipit, dan Awie mula2 ckp nk pegi..then mne ntah berhabuk pun takde tiket..mati la korank kena beli door ticket nanti hahahaha cekik darah!

I HATE MYSELF AND I WANNA DIE

Aku benci diri aku...daripada dulu lagi spatutnye aku kelar tangan aku. Hari tu, aku dah kelar tangan aku kt skolah. Then kena lapor kt cikgu, hari ni....buat hal pulak. Salah ke aku nak luangkan masa dengan mak bapak aku. Buat ape ade mak bapak kalau tak luangkan masa bersama diorang, baik diorang mati je! Aku nak luangkan masa dengan diorang, tp kenapa diorang maki hamun aku. Bila aku ajak kuar je terus diorang bisu...buat bodoh...dan kalau aku desak diorang terus maki hamun aku. Damn! Salah ke! Aku kadang2 macam nak lari dari rumah..balik kampung. Tak pun aku stay kt KL dengan kakak aku. Salah ke aku tnye korank aku nak luangkan masa dengan mak bapak aku? ARgh! Korank takkan paham perasaan aku. Jangan try ckp yg korank paham perasaan aku. Sebab hanya Allah je yang paham perasaan aku. Ye, aku rase sedih. Aku rasa macam nak meletup. Aku rasa marah. Aku rasa dendam. Semuanya bercampur. Dan bentuk perasaan tu kadang-kadang mengubah aku jadi jahat. Sampaikan aku brani tumbuk awek aku sebab die curang...ye. Aku tak nak buat sume tu. Tapi kenapa orang cari pasal dengan aku...aku setia tahap gaban dengan awek aku. Kalau takde kredit, die send mesej suruh belikan. Aku sanggup redah hujan nak beli kredit untuk die. Kalau dia deman, aku suapkan ubat kt mulut die. Tapi sampai die untuk curang dengan aku. Mane aku tak marah. Tumbuk, kick tampar..again..aku buat hal smpai cikgu panggil. Everyone cakap aku jahat, kejam, dayus dan tak berhati perut. Tapi diorang tak paham ape yang aku pikir. Diorang tak berada kt situasi aku...diorang hanya pandai bla bla bla...argh Pukimak sial korank! Pegi mampus ar! Korank pernah ke couple then awek korank curang! Korank yang curang ade ar!...aku pernah couple 5 kali...5 kali tu jugak sume awek aku curang..aku tak pernah curang..aku tak pernah mintak break dengan awek. Tapi kenapa sampai ati awek aku buat aku camni....aku sial!

Aku marah...dan aku rasa macam aku nak bunuh die. Cikgu kaunseling aku cakap, aku adalah paradoks yang merosakkan manusia. Tapi sape yang cipta sifat aku ni??!!! Korank jugak! Korank yang ubah aku jadi jahat. Korank yang desak aku! Aku tak nak sume ni! Aku tak nak tak nak tak nak! Korank slalu cakap aku ni giler cinta...tpi sebenarnye tak! Aku nak diri aku disayangi...aku nak diri aku bebas luangkan masa bersama dengan orang yang aku sayang...tak jumpe depan mata pun tak kesah asalkan dapat dengar suara. Family aku tak bagi sume tu, sebab diorang sibuk dengan urusan diorang. Bila aku ajak kuar, diorang xnak! Maki aku..ckp aku menatang pe sume! Then bile aku ganti kasih sayang keluarga dengan kasih sayang dari sorang yg bergelar awek, awek pulak curang! Everybody make me crazy! Fuck! Why! WHY! WHY!!!!!!!!!!!! Ape yang korank tak puas hati dengan aku! Aku slame ni slalu jerk respek orang, aku tak pernah buat jahat dengan orang! Tapi korank mengubah aku kepada setan! Korank yang cipta setan ni! Then korank nak hapuskan ciptaan korank ni! Tu dah terlambat...aku pulak yg aku hapuskan korang satu persatu..sumenye tk paham perasaan aku...

Sampailah datangnye die...adik yg aku sayang. Die berjaya buat aku senyum untuk kali pertamanya setelah aku kecewa..sumpah demi Tuhan aku cakap, dalam tahun ni...aku senyum skali je dan ini hasil daripada dia! Dia buat aku gembira. Tapi aku tak dapat miliki dia...tp ak x kesah asalkan ade die...tp smpai bila??? Satu hari nanti mesti dia ada bf dan saat tu die takkan tumpukan aku lagi..mesti dia akan lebihkan bf die pulak...so aku??? Aku akan alone buat skali lagi....alone...aku benci diri aku, aku tak tahu dugaan ape yang Allah bagi kt aku...dugaan ape??? Aku tengok kawan2 aku, ade yang lesbian, gay, minum arak, merempit, tak sembahyang...takde pulak dugaan sebegini rupa...daripada aku skolah rendah smpai sekarang..dugaan tu tak pernah berhenti...kenapa! Dah 22 kali aku kelar tgn aku..then sume orang cakap aku giler!??? So hantar ar aku kt hspital giler!!! BABI KORANK!!! KORANK TAK PERNAH PAHAM PERASAAN AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!