ApA2 Jerk

Loading...

Only God can judge me

I'm universal. Except hip - hop

Skinny jeans & Shirts.
No fluffy dresses.

Let me make this clearly --> I'M NOT A SMOKER!

You can't say that I'm arrogant, you don't even know me at all.
But I'm kinda vicious and I'll never stop.

People, I'm not perfect and so do you. I can be two times more cruel WITH the person who've been previously mean towards me. If you're jealous with what I've achieved, I hope you don't have a nose cause I'll be farting right on it. I've had enough of your ridiculous "blablabla". Try to achieve your own glory, make your own story and make people proud of you. Success is never found. Failure is never fatal. Courage is the only thing.
There was an error in this gadget

Friday, April 22, 2011

CATATAN UNTUK RAKYAT

PLAGUE OF HAPPINESS - OH LEPASKAN!

Makan minum tak tentu
Pasrah diri dibelenggu
Nilai diri terjerat oleh najis kudis berhantu
Cuba lari terlepas
Jerat kaki yang keras
Namun pasrah menunduk kedulang yang penuh hampas

Tangan rayap melalang
Harta orang digantang
Paksa diri mencuri takut gian terlentang
Nilai diri tak pasti
Adakah ini dicari
Sakit badan melarat hanya untuk sedap sekerat

Oh Lepaskan!

Cuba menyerah diri
Cuba membetul hati
Agar diri tak cemar oleh serbuk berduri
Ingin tangan digari
Ingin hati dikunci
Oleh jarum perasa inti berwarna - warni

Namung engkau tak pasti
Adakah ini dicari
Untuk membetul diri dalam yang penuh duri
Belum sempat fikirkan
Semangat pudar menghilang
Suasana mengancam sabar kini tinggal bayangan

Oh Lepaskan!
Oh Lepaskan!

Tuesday, April 5, 2011

IN CAPITALIST WE TRUST

Dah la semalam kuar berita tipu punya banyak, harini pun sama gak. Laris la surat - surat khabar seluruh Malaysia. Habislah semua rakyat Malaysia kene tipu. Akhbar Kosmo pulak melakukan hebahan yang lebih hebat. Terharu aku membacanya. Dengan tajuk dimuka hadapan tertulis "Polis Gagalkan Zina Di Atas Al - Qur'an" or something like that, beritanya mengenai gig Seremban yang diserbu. Gembira betul aku bila makan di kedai dan pekerja kedai itu tanya aku ni geng Black Metal ke? Hahaha sampai camtu sekali kejayaan akhbar - akhbar ni semua memburukkan manusia lain. Jahat sangat ke kami ni? Orang yang tak dengar metal tu baik - baik belaka ke? Agaknya ayah Pin tu pun ketua Black Metal kot. Ada ke Kosmo cakap mengikut jadual gig, upacara berzina di atas Al - Qur'an kemudian membakar ayat - ayat suci Al - Qur'an akan diadakan selepas tamat persembahan muzik dari artis - artis terkenal (hehehe) tanah air kita semasa gig Seremban berlangsung. Wahhhh sekarang ni gig dah ada jadual la. Macam jadual menjaga kebersihan kelas la pulak. Masuk akal ke? Heh ni aku nak tanya sikit pada pihak - pihak media dan sapa - sapa la yang mempercayai media, serbuan di buat dan tiada sebarang senjata berbahaya di jumpai. Memang lah takde sebab kitorang datang bukannya nak berperang yang sampai nak bawak senjata tu. Apa gila ker korang? Yang bawak senjata tu ialah polis dan unit FRU. And another thing, dah kata sedap - sedap jer tuduh kami nak bakar Al - Qur'an, ada ke korang jumpa sape - sape yang bawak Al - Qur'an datang gig? Ada ke laporan yang mengatakan Al - Qur'an dijumpai? Kalau tak jumpa tu maknanya kami ni bakar apa? Bakar diri? Apesal tak kata kami nak bom Terminal One je? Kan lebih hangat cerita tu. Wei wartawan, tak takut dosa ke korang buat fitnah sampai camtu sekali? Nak kata kami berzina atas Al - Qur'an? Perempuan yang ditahan pun cuma 4 orang daripada 105 orang. Dan ada yang dah jadi isteri orang. Dan ada yang makwe orang ikut pasangan masing - masing untuk menemani. So yang lain tu nak berzina dengan sape? Ngan wartawan? Ha bodoh! Pikir la kalau nak buat tuduhan pun, kan dah menampakkan kebodohan sendiri. Kerja bagus tapi otak takleh pakai. Aku yang pegi gig pun tak pernah sekali pun jumpa orang bakar Al - Qur'an. Bakar rokok ada la. Kalau takat wartawan yang baru - baru jer rasa nak jenguk kaki kat gig metal tu, tak payah la nak cerita macam pengelaman korang tu hebat sangat. Panggil bodoh kang marah pulak. aku tak habis lagi nak hebahkan berita - berita tipu korang tu. Tunggu la esok plak, aku nak balik dah. Jumpa lagi esok wahai pemberita - pemberita tipu dan manusia - manusia yang suka ditipu.

Credit to Rudy - myspace blog

Saturday, April 2, 2011

DUNIA SEKARANG HANCUS (DUNIA CACA MARBA)

ARTIS MELAYU ZAMAN SEKARANG (CASE 1)
Aku pun tak pernah tengok artis ni, dan tak perasan pun filem ape yang die lakonkan. Ala biase la aku, jarang tengok cite - cite Melayu. Kalau tengok pun mesti yang bergenre 'horror/thriller'.. tak pun yang lawak ataupun aksi lebih sikit. Tak men ar cintan cintun ni. Dah naik muak aku. First aku kenal si artis bernama "Miera Liyana" ni pada waktu aku tengok program Galaksi. Ala sape nak tak kenal dengan program yang suke terjah artis tu. Feymes la sangat kt saluran TV9. Time mula2 si cameraman ni focus kt celak ketiak artis ni, aku terkejut. PERGH TAK PAKAI BAJU DALAM BAI...berani giler artis MELAYU zaman skarang. Kalau MAT SALLEH tu TAKDE AR AKU KESAH... sebab memang dah KAFIR pun... tapi ini MELAYU, ISLAM pulak tu. Selumber jerk die pakai baju yang menampakkan aset wanitanya. Aku berani suarakan suara hati aku kt sini, lantak die la si "Miera Liyana" ni nak report polis kononya jatuhkan maruah dia, sape suruh die pakai baju camni. Aku tak suruh kan??? Ade aku suruh? Diingatkan yerk, aku bukan nak promote artis ni dan jauh sekali nak mencaci maki kan artis ni sebab aku tengok muka pun boleh tahan lawa gak. Ade kick la katekan tapi yang aku tak tahannye pakaian dia ni. Babe, artis len pun hot jugak tp takde ar cmni. Ok mmg boleh di terima kalau 'aset wanita' die ni tetibe 'terkeluar' tapi yang aku tak bleh blah..

wartawan tu cakap "Miera tak kesah ke pakai baju yang menampakkan aset wanita Miera ni???" ....die boleh jawab "Ala takpe la..terkeluar SIKIT jerk. Takde ar nampak. Acctually Miera pikir jugak berani ke tak nak pakai baju ni. Lagipun nampak SIKIT jerk. takde ar sume"

Wei, itu dalam program TV. Sekarang kaw nak jawab kt Tuhan cmne? Kaw nk jwb cmni??? "Takpe la, nampak sikit jerk".... Kau tu MELAYU, MELAYU penuh dengan sopan santun...tau??? Anda paham...PIKIR LA SENDIRI





MELAYU MAKIN LAYU (CASE 2)
Memang terbukti akhirnya kata - kata 'Melayu makin layu'... bertindak sebagai ahli Punk yang ada sikit - sikit fahaman Nazi (racist), aku begitu sayangkan Melayu aku daripada layu. Kalau dulu video lucah hanya dibintangi oleh warga2 Amerika, dan sewaktu dengannya... tak lupa juga ratu porno Jepun iaitu Maria Ozawa, namun sekarang video lucah kerap di isi oleh orang Melayu sendiri..sama ada RELA atau pun TIDAK SENGAJA... aku sendiri pelik, kalau aku la kan, buat benda tu dengan awek aku, tak kan aku nak rakam..mesti aku nak sorok - sorok jerk, namun mereka siap tersengih lagi buat kerja tak senonoh ni. Yelah memang aku tak perfect sedangkan aku pernah ber 'french kiss' ngn awek aku, tapi aku sendiri geleng kepala tengok benda jahanam ni. Kenapa Melayu??? Melayu??? dan Melayu??? Mana pergi Melayu yang dulu??? Penuh dengan adab, sopan santun...ala zaman2 P - Ramlee dulu tu la...cuba kaw tengok, filem - filem P - Ramlee dulu, nak ngorat awek tu punye la susah... tapi sekarang, si jantan ankat moto sana ankat moto sini, si dara dah tersangkut kat si jantan. Maka bertebaranlah nafsu serakah masing - masing yang tak ubah macam singa... sehinggakan dalam semak pn diorang boleh buat project jahanam ni...

dan seperti lagu daripada sebuah band Hardcore Punk di bandar Dungun ini iaitu band Selipar JPunk..tajuk lagunya ialah "anak - anak"...menceritakan tentang keseronokan mengadakan seks dan tentang anak - anak yang dilahirkan. Mereka bodoh! Selepas seronok buat seks jahanam tu anak - anak terus mereka buang begitu saje. Kenapa? Kalau dia bagi kt rumah anak yatim takde ar aku sakit hati sangat, tapi mereka buang anak tu kt dalam tong sampah. Dalam jamban. Sehinggakan ada yang kena makan dengan anjing. Celaka kau!!! Kau tunggu balasan kau kt neraka nanti!..





DOSA DI FACEBOOK  (CASE 3)
Ni lah manusia zaman sekarang, upload la bebanyak gambar facebook yang seksi dan menyeksakan kaum lelaki kerana tahan stim tengok gambar korank... dah tau gambar tu seksi buat ape nak upload? Nak tunjuk kat sape? Dan kalau ade jantan yang "giler seks" pergi komen sebagai contohnye: 'Cantik body', "wow tetek awak" dan sebagainya, korank marah pulak padahal korank dulu yang memulakannya. Diingatkan di sini walaupun korank upload gambar tu dan lelaki yang tengok, korank tetap dapat dosa. Si jantan dapat 1 dosa, korank yang upload gambar seki seksa tu dapat 2 dosa. Dan kira la pulak berapa ramai lelaki yang komen dan tengok gambar korang yang seksi - seksi tu... tak mau pergi beribu dosa korank dpat..nak buat pahala 1 pun bukan main liat, ni dapat dosa free je..tak sedar pun. Tengok - tengok dah bertong drum dosa korank ada...aku xmarah korank nak guna facebook pun tapi pastikan gambar korank tu sopan. Ala korank yang CUTE GILER tu pun kalau bertudung lagi la tambah CUTE GILER GILER DAN SAWAN...mmg Tuhan dah jadikan begitu.... so kepada korank, pikir2 dulu yerk sebelum upload pic tu...


Ini adalah gambar salah satu kawan saya dalam facebook...maaflah, saya tak boleh bagitau namanya kerana menjatuhkan maruah dia.... walaubagaimanapun sekarang dia dah berubah sehinggakan gambar profil dia sendiri bertudung..alhamdulillah..


IN CAPITAL WE TRUST (CASE SERIUS)
Maybe kes serbuan polis kat gig - gig Punk sekitar Kuala Lumpur dan luar Kuala Lumpur dah lama tak berbunyi. Namun masih ada ura - ura di akhbar tempatan seperti Harian Metro dan sebagainya yang jelas bersuluhkan terang penipuan yang memang total tipu ar...sebagai contoh ialah keratan akhbar ni..


Dengan gagah dan beraninya si penulis akhbar lahanat lagi jahanam ini menulis dengan besar "MUKJIZAT PUNK" dengan jelas perkataan P.U.N.K tersergam dengan megah kat dada akhbar itu. Kalau korank tak nampak caption gambar tu, meh aku tolong taipkan untuk korank...penulis kepada akhbar jahanam ini mengatakan bahawa

"Selain menolak kewujudan hari kiamat, pengikut kumpulan Punk di negara ini mendakwa mereka mempunyai mukjizat yang boleh menguasai elemen tanah, air, api dan angin bagi melindungi ancaman orang luar. Kepercayaan karut dan syirik itu didedahkan oleh remaja perempuan yang pernah menganggotai kumpulan Punk Anarchy"

Lagi aku baca dia tulis macam ni...

KUALA LUMPUR: Karut dan syirik! Itulah pegangan segelintir pengikut Punk di negara ini kononnya setiap ahli kumpulan itu mempunyai ‘mukjizat’ yang boleh menguasai elemen tanah, air, api dan angin bagi melindungi ancaman orang luar.

Ahli kumpulan itu yang nyata sesat menafikan kewujudan Tuhan selain menolak Rukun Iman kelima, iaitu kepercayaan kepada hari kiamat.

Pendedahan pegangan kumpulan itu dibuat seorang remaja yang pernah menjadi pengikut Punk selama tiga tahun

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah, 19, kini sudah kembali kepada ajaran Islam.

Menceritakan pengalamannya ketika bersama kumpulan itu, Sarah memberitahu Harian Metro, kepercayaan karut itu tersebar di kalangan pengikut kumpulan berkenaan dan berbeza mengikut identiti, pakaian dan peragaan rambut setiap ahli.

“Kumpulan Punk Anarki yang saya sertai percaya kami mempunyai kuasa ‘super’ yang tidak diberikan kepada orang biasa.

“Malah, saya pernah diperdaya apabila teman lelaki menunjukkan kuasa angin dimilikinya ketika kami berada di rumahnya di Kajang.

“Ketika itu, seorang lelaki Nepal cuba mengusik saya di luar rumah yang menjadi tempat kami berkumpul. Teman lelaki saya yang geram kemudian menunjukkan jari sebelum tiba-tiba angin kencang datang entah dari mana,” katanya ketika ditemui di Rumah Sahabat, Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) di Hulu Langat, dekat sini, semalam.

Katanya, kejadian itu menyebabkan lelaki Nepal terbabit lari sejurus mendapati tiang ampaian rumah berkenaan tiba-tiba tercabut.

“Sejak itu saya percaya kami anggota Punk mempunyai kuasa tertentu, malah saya sendiri yakin dikurniakan kuasa api,” katanya.

Sarah menceritakan, anggota Punk remaja lelaki turut aktif menawarkan cinta murahan, terutama terhadap golongan gadis sekolah yang mudah dipikat sebelum jadi alat pemuas nafsu.

Gadis belasan tahun tidak sekadar dipengaruhi ideologi antiketuhanan oleh kumpulan punk tetapi dijaja kehormatan diri tanpa rasa malu.

“Kebanyakan gadis yang berjaya ditundukkan akan diajar oleh mentor supaya menyerahkan tubuh kepada ahli Punk pada bila-bila masa.

“Mereka dididik berpakaian Punk, bergaul bebas sesama ahli selain berpeleseran dengan melakukan gejala tidak senonoh, termasuk menjamah sampah bagi membuktikan kepatuhan sebagai ahli punk,” katanya.

Kata Sarah, walaupun agak mengerikan apabila ‘dirogol’ sekumpulan lelaki dalam satu masa, gadis Punk terpaksa akur dan tunduk kerana ia sebahagian syarat menjadi ahli Punk sejati.

Ketika mula-mula menyertai punk, dia bersyukur tidak ‘dikendurikan’ kerana dirinya sudah menjadi kekasih seorang anggota senior kumpulan Punk Anarki yang disertainya.

“Memang bersyukur kerana tidak dijadikan seperti itu,” katanya yang mengenali kumpulan itu ketika berusia 16 tahun selepas lari dari sekolah berasrama di Negeri Sembilan.

Menurutnya, ahli Punk daripada kumpulan Nazi, Anarki dan kumpulan lain tidak percayakan agama.

Rakannya yang juga bekas ahli Punk dikenali sebagai Ziela, 18, mendedahkan falsafah hidup setiap ahli punk, iaitu ‘Punk not die’ bukan kata-kata biasa kerana ia jiwa dan semangat setiap ahli.

Sementara itu, Pengerusi Perkid, Masridzi Sat berkata, Punk adalah yang kumpulan mengamalkan kegiatan terancang untuk memesongkan akidah seseorang, terutama remaja Islam melalui hiburan muzik yang mengandungi lirik memuja syaitan.

Menurutnya, mesej yang diserapkan ialah antiketuhanan atau menolak kewujudan Tuhan selain pengamalan seks rambang dan keganasan.

“Ibu bapa dan umat Islam perlu menyedari bahaya gejala punk yang bukan hanya boleh meruntuhkan bangsa, malah agama dan iman seseorang terutama remaja Islam yang mudah dipengaruhi.

“Mereka perlu mengawal pergerakan anak dan mengetahui sebarang kegiatan dilakukan,” katanya

DENGAN PENUH GELAK BERGULING BATING aku baca surat khabar ni...kahkahkah memang betul2 bodoh la punya wartawan. Nak buat cerita tu biarlah logik akal sikit. Korank kenal ke apa erti Punk yang sebenarnye??? Punk takde agaman, tak percayakan hari kiamat, mukjizat ape benda sume tu??? Karut ar.. kahkahkah. Kalau Black Metal ada la jugak logiknya nak cakap sembah setan, takde agama semua tu sebab memang maksud bintang pentagram Black Metal sendiri tu melambangkan penolakkan kepada agama. Tapi ini Punk? Kahkahkah...Kalau korank nak tahu, gambar hitam putih tu bukannya gambar si perempuan bertudung yang kononnya insaf...tapi itu adalah gambar Amy Lyna... kahkah! Memang aku nak tergelak ar dengan kebodohan wartawan ni.. ok kalau korank tak caye, nah link untuk Amy Lyna.. korank boleh tanya dia sendiri http://www.myspace.com/amy_lyna/blog/237572429 .... In Capital we Trust...

Soalan kedua pulak, lagu Punk mengandungi unsur - unsur anti agama? What the hell? Apa benda tu? Ok si wartawan kokek lahabuk...ini lirik daripada lagu - lagu Punk yang terkenal..dengar dan teliti lirik diorang

Plague of Happiness - Viva La Punk
Standing alone feeling down
Feeling like a silly clown
My ideas came and sunk
I just wanna be a Punk

Change my idea change my gear
Got my guts lost my fear
I don't dress to be a seen
Studs, black leather, hair that's green

viva (3x)
viva la Punk

I know that this is for real
Just bring our way we feel
We the clothes we want to wear
You whisper thing we don't care

Just remember when you speak
We are not any kinds of freak
To look at us don't need to pay
We are punker here to stay


Itu sebagai contohnya... ada tak anti agama? Takde kan? Wei2 dah2 la dengan alasan memakai sesuatu pakaian yang menyerupai sesuatu golongan itu maka akan tergolong dalam golongan itu sebab sekarang mmg kita dah tergolong pun. Tali leher yang korank pakai tu, datangnya daripada mana? Amerika..lambang kepada apron Freemasons. Pangkat polis yang bentuk "V" tu, lambang kepada 5 darjat Freemasons. Lambang tangan peace dan rock tu, lambang kesyaitanan... hah korank nak cakap korank bebas daripada kejahilan la kalau tak masuk Punk?

Lebih baik kami kerana kami layan gig, bersuka ria dengan hanya moshing daripada kaum kelas atasan yang bergaul dengan GRO dan dangdut sume tu.. AKU TINGGALKAN KORANG DENGAN LIRIK DARI BAND AKU, dum dum tak


JEMAAH MENTERI
APA LAGI YANG KAU PINTA DAN INGINI?
ENGKAU HANYA GOYANG KAKI
PORAK PERANDA HIDUP KAMI

CELAKA KAU PAK LAWI
HURU HARA EKONOMI
APA NAK SUAP ANAK BINI
JIKA TERUS BEGINI
IKAT PERUT ROMPAK LAGI

PANTAT KAU! PANTAT KAU!
PANTAT KAU! PANTAT KAU!

JEMAAH MENTERI
APA LAGI YANG KAU PINTA DAN INGINI
ENGKAU HANYA GOYANG KAKI
PORAK PERANDA HIDUP KAMI

CELAKA KAU PAK LAWI
HURU HARA EKONOMI
APA NAK SUAP ANAK BINI
JIKA TERUS BEGINI
IKAT PERUT ROMPAK LAGI

PANTAT KAU! PANTAT KAU!
PANTAT KAU! PANTAT KAU!