ApA2 Jerk

Loading...

Only God can judge me

I'm universal. Except hip - hop

Skinny jeans & Shirts.
No fluffy dresses.

Let me make this clearly --> I'M NOT A SMOKER!

You can't say that I'm arrogant, you don't even know me at all.
But I'm kinda vicious and I'll never stop.

People, I'm not perfect and so do you. I can be two times more cruel WITH the person who've been previously mean towards me. If you're jealous with what I've achieved, I hope you don't have a nose cause I'll be farting right on it. I've had enough of your ridiculous "blablabla". Try to achieve your own glory, make your own story and make people proud of you. Success is never found. Failure is never fatal. Courage is the only thing.
There was an error in this gadget

Sunday, May 15, 2011

MeNaNti KiAmat

Baru - baru ni kan aku rajin jugak dengar dunia dah nak kiamat. Hah! Kiamat?! Oh no!!! tu la yang biasanya aku dengar dari mulut budak-budak pompuan kat sekolah aku. Diorang tak pikir ke yang kiamat tu ada fasanya. Fasa jatuhnya bintang dari langit. Fasa turunnya dajjal. Fasa turunnya Nabi Isa (jesus). Fasa lahirnya Iman Mahdi. Fasa Dajjal mati dan al - Mahdi memerintah dunia. Fasa datangnya Yakjuj dan Makjuj. Fasa datangnya raksasa dari tanah. Fasa Yakjuj Makjuj mati... hah! Itu perjalanan yang aku panggil 'menanti kiamat'. Aku pun tak tahu daripada mana lah sumber fasa-fasa ni, tapi aku ada terbaca dalam sebuah buku dan buku itu boleh dipercayai. So cek nak habaq yang cek tak tokok tambah ini cite nooh.. Ok la, baru-baru ni jugak tak silap aku tahun lepas ade mat salleh yang kuarkan cite 2012. Kononnya cite tu menggambarkan saat jatuhnya bintang dari langit yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W.

Baginda pernah mengatakan bahawa pada suatu malam, akan ada suatu suara yang kuat dari langit. Suara itu bakal mengejutkan orang yang tidur, orang yang mengandung akan melahirkan anak mereka. Suara itu akan didengari oleh setiap pelosok dunia. Ada jugak part yang aku baca lam sebuah buku mengatakan bahawa kejadian itu terjadi pada 18 Ramadhan (tak silap aku) Hari Jumaat. Suara yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah S.A.W adalah bunyi pergeseran antara atmosfera dan batu meteor/asteroid yang bakal merempuh bumi suatu ketika nanti. Ada yang mengatakan bahawa ianya bukan bintang tapi sebuah planet kecil yang berobitkan bumi. Tak silap aku nama planet tu orang panggil planet Nibiru. Ada jugak satu sumber yang aku baca mengatakan Rasulullah S.A.W berpesan kepada umat Islam, Jika kamu sudah bersembahyang subuh pada hari Jumaat 18 Ramadhan (x silap aku), maka duduklah di dalam rumah dan tutupkanlah telinga kamu itu dan jika kamu tersedar akan suara dari langit, maka sujudlah kamu sambil menyebut 'Ad-Qudus'. Itulah sumber yang aku dapat jika tak silap mata aku membacanya. Dengan ini aku mula research tentang kematian dinosaur pada waktu dahulu dimana ada fakta (bukan auta yerk) yang mengatakan bahawa terdapat sebuah meteoir yang jatuh menghentam bumi lalu membuatkan populasi dinosaur pupus begitu sahaja.

Back to Dinosaur age (when sky falling down)
65 ribu juta tahun dahulu, terdapat sebuah kawasan yang bernama Chuchulubux (ape ntah) berdekatan dengan pantai Mexico.Tempat itu bakal dijatuhi dengan sebuah objek dari langit yang aku panggil 'percikan api neraka'. Meteor itu menghemtam bumi dalam masa sekelip mata. Ia jatuh bukan di atas darat namun ke dasar lautan. 00:00:01saat ia berlaku, percikan yang dinamakan sebagai ekor ayam jantan bertaburan ke sana sini. Para saintis percaya bahawa percikan itu meretasi Amerika Selatan terus ke Amerika Utara lalu membakar apa sahaja yang berada di laluannya baik gunung ganang ataupun hutan belantara. Ia merupakan bencana terbesar yang pernah berlaku pada waktu tersebut.

Pada waktu terjadinya percikan api yang jatuh ke merata tempat itu, terjadinya sebuah kejadian ombak besar yang dinamakan sebagai Megatsunami. Para saintis mempercayai ketinggian ombaknya melebihi 10 kaki. Pergh tinggi giler bai. Megatsunami itu mecetuskan lagi kemusnahan yang amat parah ke atas muka bumi lalu mengakibatkan banjir besar di satu dua tempat. Selain daripada percikan api dan megatsunami, terdapat satu gas yang keluar daripada meteor itu. Sebuah gas yang panas yang mengandungi irinium yang mampu membuat satu letupan. Pada waktu itu, hutan belantara dengan sekelip mata sahaja terus terbakar. Bermula daripada daun, batang dan terus kepada akar. Dinosaur yang berada di situ mula tidak tahan. Kulitnya terbakar dan cell-cell badannya mula mendidih lalu mengakibatkan paru-paru Dinosaur layu. Mereka dipanggang hidup-hidup. Selepas terjadinya percikan api yang memusnahkan beberapa kawasan, dan kemusnahan yang dilakukan oleh megatsunami, kebakaran ini dikatakan telah membakar hampir kesemua hutan di seluruh muka bumi pada waktu tersebut. Bumi mula menjadi panas akibat kesan pembakaran dan bahan kimia yang naik ke atas atmosfera lalu menjadi wap udara. Untuk masa 24 jam, bumi sudah dilitupi dengan asap tebal yang menghalang cahaya matahari menembusinya. Lalu mengakibatkan peningkatan gas mentana dan gas rumah hijau iaitu karbon dioksida bertambah. Suhu bumi pada waktu itu cukup untuk memasak mana-mana sahaja manusia yang keluar dari tempat persembunyian mereka. Ia mengambil masa bertahun malah beribu-ribu tahun untuk memulihkan semula atmosfera kita menjadi bersih...

Kaitan antara Fasa Pempupusan Dinosaur dengan Fasa Bintang yang jatuh
Cikgu kaunseling aku iaitu Cikgu Musa bin Awang pernah mengatakan, pada hari jatuhnya bintang itu ke muka bumi. Bumi akan menjadi gelap dalam masa 3 tahun. Begini konklusi yang aku buat (ia hanya konklusi aku, jangan terima 100%). Bagi aku, kesan yang akan diberikan oleh meteor Nibiru yang merempuh bumi ini yang dijangka dalam tahun 2012 akan memberikan kesan yang sama dengan meteor pada waktu Dinosaur dulu. Ia akan membuatkan percikan api yang melayang merata2 tempat. Mungkin kawasan perumahan kita juga akan terkena. Kita tidak boleh lari daripada ketentuanNya. Jatuhnya meteor Nibiru bakal membunuh 1/2 manusia di atas muka bumi ini seterusnya membuatkan manusia lemah untuk mendomenisasikan makhluk2 di atas muka bumi ini. PAda waktu Nibiru bakal melanda bumi juga, pada waktu itu terjadinya Megatsunami yang bakal menenggelamkan masjid, sekolah malah bangunan KLCC. Suhu pada waktu itu juga akan mengakibatkan kebakaran yang dashyat lalu membakar sumber makanan manusia iaitu tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan. Ianya bersepadanan dengan penjelasan 3 tahun oleh Cikgu Musa iaitu tahun pertama akan terdapat makanan, tahun kedua akan sikit malah tahun yang ketiga tiada makanan yang dijumpai. Cikgu Musa jugak menerangkan akan terjadinya 3 tahun (ataupun 40 hari) gelap tanpa cahaya matahari kerna pada waktu itu asap tebal akan menghalang cahaya matahari daripada masuk ke dalam bumi. .

Lautan akan menggelegak dan memuntahkan air air didih yang tidak selamat untuk diminum dan di mandikan kerana ia mengandungi asid sulfat yang tinggi malah menjadikan air tersebut serta merta berasid yang akan mengakibatkan corrosive jika di minum atau terkena kulit. Suhu yang bertambah panas kemudian bertukar sejuk yang amat sanggat seperti zaman ais batu dahulu. Ini kerana cahaya matahari tidak mengenai sedikitpun muka bumi. Namun pada kulit manusia, kesan radioaktif akibat daripada penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan manusia memiliki kanser kulit.
Fasa Bintang itu tidak terhenti pada waktu itu sahaja.. ia akan terus membakar sehingga langit kelihatan bertompong2 kehitaman seperit minyak. Masih ingat kata-kata Rasulullah S.A.W yang mengatakan langit2 akan kelihatan seperti minyak

Itu hanya sekadar teori aku sahaja. malam nanti aku sambung. aku nak tido jap. Ingat, yang salah tu datang dari aku, yang baik tu datang daripada Allah S.W.T

2 comments: