Only God can judge me

I'm universal. Except hip - hop

Skinny jeans & Shirts.
No fluffy dresses.

Let me make this clearly --> I'M NOT A SMOKER!

You can't say that I'm arrogant, you don't even know me at all.
But I'm kinda vicious and I'll never stop.

People, I'm not perfect and so do you. I can be two times more cruel WITH the person who've been previously mean towards me. If you're jealous with what I've achieved, I hope you don't have a nose cause I'll be farting right on it. I've had enough of your ridiculous "blablabla". Try to achieve your own glory, make your own story and make people proud of you. Success is never found. Failure is never fatal. Courage is the only thing.

Wednesday, May 4, 2011

MenJaNa RobOt ataU MemBenTuK inSani????

Menjana robot atau membentuk insani? Itu menjadi persoalanan kepada diri aku sekarang ini. Adakah kita sekarang menjadi orang yang mengikut sahaja arahan tanpa jiwa (robot) ataupun kita adalah orang yang mengikut arahan dengan memikirkan sebab dan akibatnya (insani)??? Terimalah hakikat, dasar pendidikan negara zaman sekarang bukannya membentuk anak - anak kecil sebagai seorang insan. Mereka membentuk anak - anak kecil tersebut supaya menjadi robot. Yang tidak berjiwa, hanya mengikut perasaan dan ilmu mereka sahaja tanpa memikirkan sebab dan akibat.

Selalu saja bila ada orang akan amik result peperiksaan samada SPM ataupun PMR, pasti aku akan terlihat dua situasi. Pertama, menangis kerana gagal lalu menguncikan diri di dalam bilik dalam isolasi mutlak (mogok sebenarnye tu) dan kedua, menangis kerana terlalu gembira dengan percapaian yang dikecapi selama ini. Baguslah, tapi adakah orang yang berjaya itu dibuktikan lebih bijak pandai daripada orang yang tidak lulus peperiksaan???? Walaupun aku ini hanya seorang pelajar sekolah yang biasa, dan tidak layak untuk membidas kata - kata cikgu malahan kata - kata Perdana Menteri, namun aku di sini ingin menyatakan hasrat yang telah lama terbuku di hati nurani ini. Setelah sekian lama aku menyusun kata, sekarang dapat juga aku luahkan apa yang patut. Jika aku lihat setiap kali keluarnya result peperiksaan, ada yang marahkan diri sendiri. Si manis berumur 17 tahun, merajuk dengan dunia apabila hampir semua rakan sekelas mendapat 10A atau 11A sementara dia pula hanya mendapat 3A dan macam - macam lah.
Aduh, dunia ini kenapa?
Anak semuda itu menjadi penasaran kerana tidak meraih 'A' dalam setiap mata pelajaran yang diambil. Namun bagi diri ku, Kamarul Haqimi, adakah 3A, 8A dan sebagainya itu adalah markah tercorot?? Kalau diri ku ini menjadi bapa kepada si manis itu, pastinya selepas dia keluar dari bilik, aku akan memeluknya dan berkata "Hidup ini bukan setakat mengejar kecemerlangan akademik semata,". Jadi pikir balik di dalam minda kamu semua, salah siapa sekarang???

Sistem pendidikan negara perlu diolah semula. Kalau disamakan dengan kereta, boleh dikatakan sistem pendidikan negara memerlukan total overhaul. Apa yang jelas, sistem pendidikan negara kita sekarang terlalu berteraskan pencapaian akademik. Kaut 'A' sebanyak mungkin di kantung, itu saja. Sehinggakan Ibu bapa juga jadi terikut ikut, lalu mendorong anak - anak kecil taksub mengejar kecemerlangan akademik. Apa yang kita alpa, kesan sistem pendidikan begini hanya akan melahirkan robot, bukannya insan bersemangat kental, yang dilengkapi pula dengan daya fikir kritikal. Kalau cara ini dikekalkan, kita hanya akan menjana robot - robot bagus akademik dan berdisiplin tinggi seperti negara jiran di selatan tanah air. Aku mintak maaf, robot - robot ini tidak berjiwa.

Bukan aku nafikan peranan akademik dalam sistem pendidikan negara. Anak - anak cemerlang pelajarannya, lazimnya akan mejadi seorang yang lebih tinggi keyakinan diri dan sentiasa mahu berlumba - lumba untuk menggapai pencapaian yang lebih baik. Namun pembangunan insani bagaimana? Perdana Menteri kita dahulu, sibuk melancarkan program yang dinamakan 'modal insan'. Ya, the God damned 'modal insan' itulah yang membuat ramai anak haram sekarang ini. Mana bukti yang dikatakan Malaysia telah berjaya menjana 'modal insan' yang terbaik??? TIdak, aku hanya melihat seribu luka perit di dalam negara tercintaku Malaysia sekarang ini. Kemahiran hidup, daya berinteraksi sesama manusia secara efektif, kemampuan menangani masalah kehidupan, kesihatan mental, dan pembangunan jiwa mereka - bagaimana??? Adakah sistem pendidikan negara kita berjaya membantu mereka daripada segi tersebut???
Falsafah pendidikan negara (jika tidak terkhilaf pembacaan saya) berhasrat untuk menjadi wahana dalam membentuk individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan fizikal. Sayang sekali, apa yang kita dapat sekarang hanyalah robot - robot yang terganggu emosi apabila slip keputusan tidak tercetak dengan abjad 'A' dalam semua mata pelajaran. Apa yang ada dengan 'A'??? Adakah dengan adanya 'A' maka kamu boleh mengaku kamu lebih bijak pandai daripada saya yang PMR hanya mendapat 5E 3B??? Adakah saya tercorot?? Ya, saya adalah tercorot pada pandangan kamu. Tapi pada pandangan saya, saya rasa saya lebih manusia daripada mereka yang dapat markah lebih tinggi daripada saya.

Kesunyian, membuatkan manusia lebih memikirkan
keadaan ini sekelilingnya
Tiada keseimbangan sama sekali. Hanya kecermelangan akademik yang ditekankan, cabang - cabang lain kucar - kacir tanpa pemulihan. Dalam mencari keseimbangan insani, pelajar - pelajar kita harus digalakkan berfikir di luar lingkungan bilik darjah dan buku teks yang saya anggap sebagai tiada gunanya. Aktiviti luar kurikulum dan pendedahan dalam bidang seni serta rohaniah juga mesti diwajibkan. Dengan cara ini, pelajar kita akan mencapai tahap keyakinan yang lebih bagus, berpengetahuan tinggi dan mempunyai kemahiran luar - akademik seperti berdaya kepimpinan, mampu berfikir secara analitis, berdaya saing dengan sihat, cekap berpidato, mahir linguistik dan cintakan bidang seni pilihan masing - masing. Apabila tanggungjawab dan disiplin bergabung dengan pencapaian akademi, barulah terdidik seorang insan, bukannya robot. Secara peribadi, sistem pendidikan yang saya lalui juga masih boleh diperbaiki. Walaupun cenderung ke arah linguistik dan kesusasteraan.

sekali lagi saya tegaskan di dalam blog saya (harap2 ada orang baca), saya tidak menafikan kepentingan akademik dalam mencari kecenderungan seseorang pelajar. Tetapi, keputusan peperiksaan tidak boleh dijadikan batu asas dalam mengukur karakter dan kekuatan mental seseorang. Saya ada ramai kawan yang tidak cemerlang akademik, tetapi tetap mempunyai kehidupan yang stabil dari sudut ekonomi, rohani dan jasmani. Setiap orang yang punya mimpi, lazimnya juga punya potensi untuk merealisasikan mimpi itu. Kalau mengikut cara ibu bapa saya mendidik saya, saya tidak pernah dipaksa untuk membaca, apalagi untuk membawa pulang 10A dalam peperiksaan. Walaupun akademik ditekankan oleh mereka, istilah paksaan tidak pernah wujud. Itu yang saya suka tentang ibu bapa saya. Cara itu saya rasa terbaik kerana, anak - anak remaja secara psikologinya memang tidak suka dipaksa. Come on, semua orang melalui zaman remaja. Semua orang memahami konsep erti 'remaja'. Anak - anak sebaya dengan saya merupakan pelopor masa depan negara Malaysia ini, tersalah didik kelak negara kita ketinggalan. Mengenang kata - kata pujangga Amerika (fuck u) RObert Frost, dalam sajak ulung beliau bertajuk The Road Not Taken:

Jalan yang tidak selalu dirintis itu, jika tegar diterokai, pasti lebih banyak pelajaran dan pengalaman yang boleh ditimba

fikir - fikirkan selalu. Kepada pengawai kerajaan yang membaca update blog saya kali ini, tolong lah memikirkannya dan cadangkannya daripada bos anda. pastikan anda jangan cakap ini idea anda.. aku cepuk baru tau..

aku hanya insan biasa, namun bercita
dan cinta besar.

No comments:

Post a Comment